Chat ()
Chat

TIME DotCom Rebranding



PENGGUNA di Mont Kiara dan kawasan segi tiga emas Kuala Lumpur, meliputi Jalan Bukit Bintang, Imbi, Sultan Ismail dan Raja Chulan, berpeluang menikmati akses internet terlaju di negara ini sehingga 50 Megabit sesaat menerusi penyambungan TIME Connects yang ditawarkan Time dotCom Bhd (TIME).

Ketua Eksekutifnya, Afzal Abdul Rahim, berkata rangkaian fiber optik sepenuhnya yang dibangunkan syarikat itu kini beroperasi di 30,000 kediaman dan pejabat di dua kawasan terbabit dengan 16,000 lagi kediaman dan pejabat akan disambungkan awal tahun depan.

“Tahap kelajuan internet seperti ini belum pernah dinikmati sebelum ini, tetapi ia hari ini satu realiti.

“Bayangkan anda kini boleh muat turun video seberat 500 Megabit dalam masa satu minit empat puluh saat berbanding hampir sejam sebelum ini atau muat turun dua Gigabit tayangan berdefinisi tinggi (HD) kurang daripada tujuh minit dengan jaminan kepuasan menonton tanpa gangguan atau gambar yang terhenti-henti,” katanya pada majlis mengumumkan perkhidmatan penyambungan fiber optik sepenuhnya itu di Kuala Lumpur, semalam.

Afzal berkata, perkhidmatan itu sesuai bagi menyokong kebanyakan aplikasi jalur lebar perniagaan seperti memindahkan data, e-mel, melayari laman web, tontonan video, persidangan video, e-perniagaan dan aplikasi berasaskan internet lain.

Beliau berkata, tiga perkhidmatan ditawarkan iaitu TIME Fibre Broadband khusus untuk pelanggan runcit, manakala TIME Fibre Internet Basic dan TIME Fibre Internet Plus untuk perniagaan.

TIME Fibre Broadband ditawarkan pada harga serendah RM99 sebulan.
TIME Fibre Internet Basic ditawarkan dalam empat pakej dengan caj bulanan antara RM148 hingga RM818 sebulan, manakala TIME Fibre Internet Plus pula ditawarkan dalam tiga pakej dengan caj bulanan daripada RM688 hingga RM1,888, katanya.

Pada majlis sama penyedia rumusan dan penyelesaian telekomunikasi talian tetap itu turut memperkenalkan logo baru syarikat.

Afzal berkata, asas kepada perkhidmatan penyambungan fiber optik sepenuhnya oleh TIME itu adalah lima gerbang koridor raya fiber optik utama merentasi utara-selatan dan timur-barat Semenanjung yang siap sepenuhnya baru-baru ini.

Beliau berkata, buat masa ini perkhidmatan itu ditumpukan sekitar Lembah Klang yang dibahagikan kepada 10 zon dengan fasa berikutnya ialah di kawasan Bangsar-Damansara disusuli Subang-Sunway.




Kongsi Pandangan Mu...

0 Pandangan orang bijak tentang "TIME DotCom Rebranding"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Translate

I Folo

Best View

© 2010 Kierinz All Rights Reserved Thesis WordPress Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors.info