2.5 juta rakyat berumur 25 tahun ke atas tidak berkahwin


Lebih kurang 2.5 juta rakyat Malaysia yang berumur lebih 25 tahun dan mewakili 16.7 peratus penduduk negara ini, tidak kahwin-kahwin lagi, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Heng Seai Kie berkata, berdasarkan Bancian Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010, daripada jumlah itu 60.4 peratus adalah lelaki.

Bancian itu juga mendapati purata umur perkahwinan pertama bagi lelaki menurun kepada 28 tahun berbanding 28.6 pada tahun 2000, manakala bagi wanita pula meningkat kepada 25.7 berbanding 25.1 tahun, katanya menjawab soalan Senator Datuk Boon Som Inong.

Seai Kie berkata Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia keempat pada 2004 yang dijalankan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Negara, mendapati 32.1 peratus daripada responden tidak pernah berkahwin.

Daripada jumlah itu, 55.6 peratus adalah lelaki, katanya.

"Sebanyak 44.7 peratus daripada responden lelaki tidak berkahwin kerana masalah kewangan, tiada calon sesuai (19.3 peratus), kerjaya (12.8 peratus), komitmen keluarga (6.3 peratus) dan selebihnya sebab lain.

"Sebanyak 40 peratus wanita tidak berkahwin kerana tiada calon sesuai, masalah kewangan (14 peratus), kerjaya (8.4 peratus), selesa hidup membujang (8.4 peratus), komitmen keluarga (7.4 peratus) dan selebihnya sebab lain," katanya.

Seai Kie berkata kementerian tidak bercadang mewujudkan perkhidmatan pusat temu jodoh atau perkhidmatan temu jodoh secara dalam talian kerana perkhidmatan itu telah disediakan swasta, pertubuhan bukan kerajaan badan agama dan beberapa parti politik. -BERNAMA

p/s: Dari kajian hamba tentang isu ini adalah kerana faktor-faktor berikut:

- Syarat-syarat untuk berkahwin dalam negara ini telah dipinda sendiri kerana tidak mahu mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh syarak. Sebagai contoh, kursus kahwin yang sengaja diadakan untuk mencari duit lebih, padahal kursus itu tidaklah seppatutnya diwajibkan. Kursus itu juga sengaja dilambat-lambatkan tarikhnya meenyebabkan orang ramai sukar untuk menetapkan tarikh untuk pergi mengambil bahagian. Apakah salahnya jika kursus tersebut diberikan secara percuma dan tiada had untuk sesiapa sahaja yang ingin berkahwin.

- Contoh yang kedua adalah mengenai penghantaran borang nikah yang sudah lengkap. Borang tersebut mestilah dihantar 3 bulan sebelum tarikh akad nikah. Jika hendak dibandingkan dengan zaman Rasulullah, pada zaman itu, apabila ada seseorang yang beritahu bahawa dia ingin berkahwin pada pagi itu, maka pada petangnya terus diakad nikahnya. Apa gunanya kad pengenalan perkahwinan? Masalah zina tetap berlaku di mana-mana selagi tidak dijalankan undang-undang yang sudah ditetapkan oleh Allah s.w.t.

- Ibubapa atau keluarga pihak lelaki mahupun pihak perempuan mahukan anak mereka berkahwin secara "grand-grand". Kalau tidak membuat kenduri secara "grand-grand", apa kelas? Budak zaman sekarang kata, "Apa cilok?!!". Begitu juga masyarakat sekeliling di negara ini sekarang, pantang nampak orang susah, mulalah hendak mengata, "tu la orang suruh mengaji pandai-pandai dulu tak nak". Rezeki itu di tangan Tuhan. Berusahalah dengan bersungguh-sungguh dan yakinlah Allah akan membantumu.

- Sudah banyak media-media lucah yang senang diperolehi di internet, sudah ramai yang pandai bermain internet. Oleh sebab terlalu mudah untuk mereka mendapatkan media-media keji tersebut, maka tiadalah lagi keinginan mereka untuk berkahwin dengan perempuan-perempuan yang sebenar yang ada di negara ini sekarang ini. Hati sudah menjadi kotor. Suka hisap rokok hembus-hembus pada orang yang tidak hisap rokok, akibat daripada media-media yang terdapat bahan-bahan yang terkeji itu.


Oleh itu, wahai rakyat Malaysia, celiklah! bukalah mindamu ! Berfikirlah secara rasional ! (bagaimana hendak berfikir secara rasional lagi, kerana sudah banyak makan maggi dan minum air ais batu, otak jadi beku).

5 Comments

Please leave your ideas here

  1. People marry late for various reasons. Can't rush them if they're not ready.

    ReplyDelete
  2. ajal, maut, jodoh, pertemuan sume ditangan Allah,.kalau Allah menghendakinya,.kita sape nak halang..wallahu'alam..

    ReplyDelete
  3. What about they who wants to marry? thanks for comment :)

    ReplyDelete
  4. kerja kahwin ni pada asalnya bende mudah,.cukup pengetahuan,.yakin mampu pikul tanggungjawab,.faham apa itu konsep perkahwinan,.u can proceed but nowaday,.orang menyusahkan diri,.dari suatu yg boleh jd ibadat,.dijadikan adat,.sampai wajib kene ada duit beribu2 hatta puluhan ribu diperlukan tok laksanakan perkahwinan,.sape yg dah rasa nak kahwin,.kahwin la,.dalam al-Quran Allah dah sebut,.kahwinlah bg sesiapa yg mampu,.nescaya akan ada pertolongan (rezeki) untuk mereka,.wallahu'alam..

    ReplyDelete
  5. kalau xkawin xbuat maksiat xpela.. ini x... dah xnak kawin, pastu bekaple plak, pegang sane pegang sini.. camne tu?

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post