Kereta Subaru mampu bersih sendiri


SUBARU baru-baru ini mengejutkan dunia automotif menerusi pelancaran kereta yang mampu membersihkan dirinya sendiri.

Menerusi teknologi AF yang pertama seumpamanya di dunia, ia dibangunkan oleh pasukan jurutera Subaru bersama jurutera elektrikal.

Untuk membersihkan kereta dengan pantas, pemandu hanya perlu menekan satu butang pada kunci. Profesor Ai Lai yang mengetuai pasukan penyelidik itu memberitahu generator-generator nano akan menukar tenaga mekanikal yang ada di sekeliling kita kepada tenaga elektrik.

"Hasilnya, ia akan mengaktifkan aliran elektrik bervoltan rendah yang tidak berbahaya pada permukaan luar kenderaan. Aliran elektrik itu akan mengurai kotoran seperti tanah dan habuk yang melekat pada badan kereta," kata Ai Lai.

Kenderaan Subaru dengan teknologi AF tersebut sudahpun dijual di pasaran United Kingdom sejak April lalu. Anda boleh menyaksikan video mengenainya di alamat: www.subaru.co.uk/selfclean. - Newspress

Comments

Popular posts from this blog

Example of Auto Debit Cancellation Letter

Kelab wanita langgan pelacur lelaki

Perkara - Perkara Yang Membatalkan Puasa