Belon udara NASA


FUNGSI belon udara bukan sahaja terhad untuk aktiviti hobi, riadah dan pelancongan. Ia kini mampu menjadi pengangkutan penting yang digunakan pihak Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA) untuk menjalankan kajian angkasa lepas.

Di Alice Springs, sebuah belon udara gergasi sains NASA dipam di tapak pelepasan ke ketinggian 40 kilometer, jauh ke lapisan statosfera untuk mengukur kadar sinaran X dan gamma yang dihantar oleh bintang-bintang dan galaksi. Ia dikatakan akan mendarat semula di tapak pelepasan itu.

Belon udara yang serupa pernah terhempas ketika berlepas pada 29 April lalu dan mengakibatkan kerugian jutaan dolar.

Apabila ia dipam, saiz permukaannya dikatakan mampu menyamai keluasan sebuah padang bola sepak.

- Sumber : Kosmo

Comments

Popular posts from this blog

Example of Auto Debit Cancellation Letter

Kelab wanita langgan pelacur lelaki

Perkara - Perkara Yang Membatalkan Puasa