Kelisa Lekat Celah Pokok & Tiang Lampu


PUCHONG, 8hb Mei 2010. Hairan macam mana kereta kelisa ni boleh lekat kat celah pokok dan tiang lampu tu. Atas divider pulak tu. Pemandunya, aku tak tahu la jadi apa. Sebab ada ambulan, mesti parah punya. Kejadian berlaku diantara pukul 5 petang, sewaktu hujan renyai-renyai di depan Taman Tasik Prima, Puchong. 

Kepada sahabat-sahabat, kalau memandu di jalan kecil macam tu, tak payah la bawak laju-laju. Itulah akibatnya kalau memandu laju di jalan yang kecil. Kalau agak-agak tak tahan nak buang air tu singgah la mana-mana kedai mamak dulu.

Kalau anda seorang yang pemabuk, tak kira samada kaki minum atau kaki cintun atau ape-ape je yang boleh menyebabkan anda lalai, jangan la memandu. Sebab tu kita dilarang bersolat dalam keadaan mabuk, kerana kita akan kehilangan konsentrasi. Ni dah masuk bab solat khusyuk pulak. 

OK lah setakat ni saja BERITA BASI (toingggg) dari saya. Sekian.

Please leave your ideas here

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post