smartphone terbaru - toshiba portege z830 kalis air

NIPIS namun berkuasa. Model ultrabook sulung daripada Toshiba ini mampu menjadi taruhan hebat dalam saingan pasaran ultrabook tempatan.

MESKIPUN banyak model terbaharu tablet dilancarkan tetapi kapasiti dan kemampuan yang dimiliki oleh komputer riba masih lagi ditagih oleh ramai pengguna.

Toshiba baru-baru ini melancarkan sebuah Ultrabook pertama, Siri Portege Z830 yang diakui sebagai paling ringan, ternipis dan terpantas di dunia.

Memiliki berat 1.12 kilogram dengan ketebalan 15.9 milimeter, ia menggunakan pemproses Intel Core generasi kedua. Ia 20 peratus lebih ringan dan 40 peratus lebih nipis daripada model ultrabook sebelum ini iaitu siri Portege R830.

Bahan luarnya sangat ringan, tetapi sangat kukuh kerana diperbuat daripada bingkai bahan aloi magnesium. Struktur material itu diperkuat dengan rekaan sarang lebah supaya mampu menyerap hentakan dan meningkatkan ketahanan.

Papan kekunci Portege Z830 juga istimewa kerana ia kalis sebarang simbahan air. Maka, pengguna tidak perlu bimbang sekiranya secara tiba-tiba terlanggar gelas minuman mereka lalu membasahkan Ultrabook tersebut.


sorce : kosmo

Please leave your ideas here

إرسال تعليق (0)
أحدث أقدم