Semakan Status Permohonan BR1M 3.0 2014


    Tak perlu semak status kelayakan anda. Kalau dapat ambik, kalau tak dapat sudah. Redha sajalah. Ramai orang tak puas hati dengan cara pengurusan br1m tahun ini. Sebab ada yang dapat RM450 sahaja, padahal sepatutnya dapat RM650. Dan ada juga yang tunggu-tunggu berhari-hari tak dapat-dapat. Yang begitu menyedihkan, bagaimana perasaan pak cik dan mak cik yang sudah lanjut usia yang jauh dari mesin ATM, berulang alik 2-3-4 hari berkilo meter, menghabiskan modal untuk semata-mata nak pergi ke bandar untuk mengemaskini akaun bank mereka. Terlalu kasihan.
    Dah la nak semak status sendiri pun susah. Hantar emel pun tak berbalas. Telefon pun sibuk memanjang. Nak bagi atau tak nak bagi? Kalau tak nak bagi tak payahlah berjanji bermacam-macam. Tolonglah tingkatkan kualiti pemprosesan pembahagian wang. Kaji dahulu apa yang perlu dilakukan sebelum melaksanakannya dan membuat janji.
    Berikut adalah apa yang dijanjikan cara-cara untuk menyemak:


    Hubungilah talian yang tersebut di atas sampai dapat kemudian tanya. Selain dari itu memang dah tak ada cara lain dah. Kalau nak pantas walaupun terpaksa mengorbankan masa dan tenaga, pergilah terus ke pejabat LHDN berdekatan untuk menyemak status anda ataupun untuk membuat rayuan.
    Beginilah cara pelaksanaan orang yang bijak sangat di negara ini. Sanjunglah lagi tinggi-tinggi ye. :)


Please leave your ideas here

إرسال تعليق (0)
أحدث أقدم