المشاركات

عرض المشاركات من يونيو, ٢٠١٠

Cut Tari beri keterangan kepada polis isu klip lucah

صورة
Cut Tari JAKARTA - Pengacara terkenal, Cut Tari bertindak mendiamkan diri apabila pihak media mengajukan soalan mengenai sesi soal siasat yang berlangsung selama 10 jam di sebuah pejabat polis di sini berhubung rakaman lucah yang melibatkan individu miripnya dan Ariel Peterpan, lapor sebuah akhbar semalam. Cut Tari yang ditemani suaminya Johannes Joesoef Subrata kelihatan terburu-buru untuk beredar bagi menghindarkan diri daripada dikerumuni pihak media. Tidak banyak komen yang dikeluarkan oleh pengacara itu. "Aduh, hujan. Tolong ya, Terima kasih," katanya kepada pemberita selepas selesai menjalani sesi soal siasat dengan polis. Ketika itu, hujan sedang turun. Menurut akhbar itu, wajah Cut Turi kelihatan penat tetapi dia memberikan senyuman kepada pemberita. Cut Turi dan suaminya itu memasuki sebuah kenderaan Suzuki sebelum meninggal pejabat polis tersebut. Dia disoal siasat polis berhubung klip video yang menampilkan wajahnya dengan Ariel yang kini masih ditah...

AS tangkap perisik seksi Rusia

صورة
GAMBAR yang disiarkan sebuah akhbar  di Amerika Syarikat menunjukkan gaya Anna. WASHINGTON - Seorang wanita seksi berambut merah dan empat pasangan suami isteri merupakan antara 10 suspek yang ditangkap Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) kerana menjadi pengintip Rusia di Amerika Syarikat (AS), lapor sebuah akhbar semalam. Mereka didakwa di sebuah mahkamah AS kelmarin kerana merancang komplot pengintipan gaya era Perang Dingin terhadap AS. Perang Dingin merujuk kepada ketegangan politik dan ketenteraan selain perang risikan antara negara bekas Kesatuan Soviet (USSR) dan Barat terutamanya AS selepas Perang Dunia Kedua dan berakhir dengan kejatuhan empayar komunis itu pada tahun 1990-an. Wanita berkenaan, Anna Chapman, dipercayai seorang janda berusia 28 tahun dan lulusan ijazah sarjana ekonomi selain memiliki perniagaan hartanah secara dalam talian. Anna, ditangkap di Manhattan beroperasi dengan menggunakan nama sebenar. Anna kini ditahan tanpa ikat jamin selepas pihak pend...

Kuih Raya : Jejari Oats Biscuit

صورة
Feast draws near. Many are in the middle of to be busy preparing meals for Eid. Here I take this opportunity to sell cookies "jejari oats". Taste is finger lickin 'good. Even the name "jejari oats" right? Losers who do not try. Cookies "jejari oats" are very salable in the feast. Cookies the most quickly exhausted in Eid. To anyone who is interested to try out can order now. Price for 1 container @ 50pcs = RM 21 Anyone who is in close proximity by Shah Alam, I can deliver it by myself, for who is outside the Shah Alam will be deliver by POST. Postal delivery cost may depends on the quantity. For those who are far away and want to be deliver POST, please SMS FULL NAME, ADDRESS and quantity (no. of containers) to the number: +6019-366 1762. Example : SIFULAN BIN SIFULAN NO 42 JLN KUCHING 53200 KUALA LUMPUR 5CONTAINERS and send to the number above.

Protozoa penyebab cirit-birit

صورة
CUKUP menakutkan apabila parasit halus menjadikan tubuh manusia sebagai perumah tanpa kita disedari. Jika dahulu masyarakat sering didedahkan dengan bahaya cacing tularan tanah seperti cacing gelang, cacing cambuk, cacing kait dan cacing benang, kini jangkitan protozoa juga tidak harus dipandang ringan. Malah, bagi mereka yang mempunyai sistem pertahanan badan yang lemah, kehadiran parasit daripada pelbagai jenis terutama protozoa menjadikan keadaan lebih serius. Menurut Pakar Parasitologi dan Kesihatan Masyarakat Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Datin Dr. Norhayati Moktar, perkara ini bukan sesuatu yang baru dalam penyelidikan berkaitan parasit yang menjadi ancaman kepada kesihatan manusia. “Bagi pesakit AIDS atau kanser yang sedang menjalani rawatan kimoterapi, kebarangkalian untuk dijangkiti parasit usus adalah agak tinggi,” katanya. SELAIN usus besar, hati, limpa dan paru-paru sering menjadi perumah parasit jangkitan usus. Protozoa pembunuh Jelas ...

KISAH NABI ADAM A.S.

صورة
Setelah Allah s.w.t. menciptakan bumi dengan gunung-gunungnya,laut-lautannya dan tumbuh-tumbuhannya,menciptakan langit dengan mataharinya, bulan dan bintang-bintangnya yang bergemerlapan menciptakan malaikat-malaikatnya ialah sejenis makhluk halus yang diciptakan untuk beribadah menjadi perantara antara Zat Yang Maha Kuasa dengan hamba-hamba terutama para rasul dan nabinya maka tibalah kehendak Allah s.w.t. untuk menciptakan sejenis makhluk lain yang akan menghuni dan mengisi bumi memeliharanya menikmati tumbuh-tumbuhannya, mengelola kekayaan yang terpendam di dalamnya dan berkembang biak turun-temurun waris-mewarisi sepanjang masa yang telah ditakdirkan baginya. Kekhuatiran Para Malaikat. Para malaikat ketika diberitahukan oleh Allah s.w.t. akan kehendak-Nya menciptakan makhluk lain itu, mereka khuatir kalau-kalau kehendak Allah menciptakan makhluk yang lain itu, disebabkan kecuaian atau kelalaian mereka dalam ibadah dan menjalankan tugas atau karena pelanggaran yang mereka lakuk...

JIHAD PALING BESAR MELAWAN HAWA NAFSU

صورة
Semua maklum bahawa hukum berjihad adalah wajib, tetapi bagaimana kedudukannya dalam Islam? Di dalam Islam kedudukan jihad jatuh nombor tiga setelah rukun Iman dan rukun Islam. Mengapa jihad itu dianggap besar? Setelah Rukun Iman dan Rukun Islam, jihad adalah yang paling utama, dia menjadi nombor satu, dia jadi besar. Mengapa? Kita cuba ambil satu ayat Quran, Allah berfirman, "Innallahastara minal mukminina anfusahum waamwalahum liannahumul jannah. " Maksudnya, "Sesungguhnya Allah akan membeli pada diri orang-orang beriman itu dirinya dan harta-hartanya dengan balasan syurga ". Itu tawaran Allah, karena jihad itu besar maka disuruh beli. Jihad itu ada yang lahir ada yang batin. Dari segi lahirnya jihad menentukan hidup mati Islam. Kalau ada jihad hiduplah, kalau tidak ada jihad matilah. Dari segi batin, jihad menentukan seseorang itu terbangun insaniahnya atau sebaliknya. Tidak ada jihad punahlah insaniahnya. Jihad secara lahiriah semua sudah tahu iaitu memban...

2 Sebab Banyak Wanita Menghuni Neraka

صورة
Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di suatu Eid, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu dengan Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus untuk kaum wanita. Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun Nisaa'. Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah SAW. Baginda pun pergi ke sana , dan memberi salam dan mberi tazkirah seperti berikut: "Assalamu'alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita. Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka". Seorang wanita lalu bangun bertanya, "Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?' Rasulullah SAW menjawab, "Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada 2 tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu ke dalam neraka: 1. Kamu banyak mengutuk/menyumpah 2. Kamu kufurkan kebaikan suami." Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya : 1. Banyak beristighfar 2. Banyak b...

Kepentingan Sunnah Rasulullah

صورة
Pada zaman sekarang Sunnah Rasulullah semakin diabaikan dan sudah tidak ramai yang mengamalkannya, oleh kerana zaman semakin moden dan ada yang menganggap bahawa Sunnah Rasulullah itu lapuk dan sebagainya. Dari Anas bin Malik ra. katanya, Rasulullah SAW telah berkata kepadaku: 'Hai anakku! Jika engkau mampu tidak menyimpan dendam kepada orang lain sejak dari pagi sampai ke petangmu, hendaklah engkau kekalkan kelakuan itu! Kemudian beliau menyambung pula: Hai anakku! Itulah perjalananku (sunnahku), dan barangsiapa yang menyukai sunnahku, maka dia telah menyukaiku, dan barangsiapa yang menyukaiku, dia akan berada denganku di dalam syurga! ' (Riwayat Tarmidzi) Dari Ibnu Abbas ra. bahwa Nabi SAW yang berkata: "Barangsiapa yang berpegang dengan sunnahku, ketika merata kerusakan pada ummatku, maka baginya pahala seratus orang yang mati syahid". (Riwayat Baihaqi) Dalam riwayat Thabarani dari Abu Hurairah ra. ada sedikit perbedaan, yaitu katanya: Baginya pahala orang ya...

Asal usul Bani Israel

صورة
BANI Israel berasal daripada keturunan Nabi Yaakub. Mereka telah menerima Taurat daripada Nabi Musa. Kesan daripada penerimaan kitab Taurat telah menyebabkan mereka menganggap agama yang dipusakai daripada nenek moyang mereka itu diturunkan untuk mereka semata-mata. Di antara dua belas suku Bani Israel, yang terbesar sekali adalah keturunan suku yang kedua iaitu Yahuda. Daripada Yahuda, lama-kelamaan menjadi kebiasaan bagi mereka menyebut diri mereka sebagai Yahudi dan agama mereka iaitu agama Yahudi. Selain menyampaikan dakwah kepada orang Arab, Qahthan dan Adnan, para nabi pada zaman itu diperintahkan oleh Allah untuk menyampaikan dakwah kepada Bani Israel. Ini kerana mereka mempunyai satu suku yang terbesar di Madinah iaitu terdiri daripada Bani Nadhir, Bani Qainuqa, Bani Quraizah dan lain-lain suku yang kecil. Pada zaman itu, kaum Bani Israel merupakan satu bangsa di dunia yang paling banyak menerima rahmat dan nikmat serta tuntutan-tuntutan daripada Allah. Bukan hanya nikmat y...