المشاركات

عرض المشاركات من أغسطس, ٢٠١٠

Berfikir Sejenak

صورة
Apa yang kamu fikir? Apa yang sedang saya fikir? Adakah anda tahu apa yang sedang saya fikir dan orang lain fikir? Adakah anda fikir saya tahu apa yang anda fikir dan orang lain fikir? Adakah ada orang yang tahu apa yang saya sedang fikir? Adakah ada orang tahu apa yang anda sedang fikir? Apa yang saya fikir adalah, hanya Allah s.w.t. sahaja yang tahu apa yang saya, anda dan sesiapa sahaja yang sedang berfikir. Firman Allah s.w.t di dalam surah  Al Ahzab: ayat 54 "Jika kamu melahirkan sesuatu atau menyembunyikannya, maka   sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui segala sesuatu. " ALLAH s.w.t. kurniakan manusia dengan akal. Akal adalah sebesar-besar rahmat dan nikmat yang membolehkan manusia berfikir. Yang membezakan haiwan dan manusia ialah kerana manusia dianugerahkan akal yang membolehkan mereka berfikir sedangkan haiwan mempunyai otak tetapi tidak boleh berfikir.  Haiwan dirangsang oleh naluri. Sebab itulah Allah menjadikan manusia dengan sebaik-baik kejadian ...

Usus disumbat cacing

صورة
BERCAKAP mengenai jangkitan parasit pada usus, walaupun tidak serius diperkatakan seperti beberapa dekad lalu, ia terus menjadi isu dalam kesihatan orang ramai. Menurut Pakar Parasitologi dan Kesihatan Masyarakat, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Prof. Datin Dr. Norhayati Moktar, serangan cacing seperti cacing gelang dan cacing kerawit masih wujud. Tegasnya, bukan sahaja kanak-kanak, ia turut menyerang orang dewasa terutama dalam kalangan mereka yang tinggal di kawasan setinggan dan perkampungan Orang Asli yang mempunyai masalah pembentungan dan saliran serta air bersih. Menurut Norhayati, masalah cacing boleh menyebabkan anemia yang serius dan kegagalan jantung yang teruk jika tidak dirawat. “Dengan adanya cacing tertentu di dalam tubuh seseorang, ia mengurangkan selera makan, mengganggu sistem penghadaman dan penyerapan makanan, kehilangan makanan melalui cirit-birit dan muntah serta gangguan metabolisma. Masalah jangkitan cacing bagaimanapun tidak ...

Jangan Mandi Kat PD

صورة
MOHD. FAREZ (kiri), Azay dan Suhaimi bersama bangkai  buaya tembaga yang ditemui di pantai Port Dickson semalam. PORT DICKSON – Jika sebelum ini kehadiran buaya di pantai peranginan di Port Dickson sering dinafikan oleh banyak pihak, namun semalam persoalan itu terjawab apabila seekor buaya tembaga betina ditemui di pantai Ixora Permai, Tanjung Agas dekat sini. Reptilia pemangsa itu dijumpai terapung-apung oleh tiga orang pekerja binaan pada pukul 12.45 tengah hari ketika mereka sedang memancing di kawasan berkenaan. Seorang daripada mereka, Suhaimi Salim, 35, berkata, dia dan rakannya yang sedang asyik memancing terkejut apabila ternampak objek yang pada mula disangka kayu. “Saya nampak sesuatu seperti kayu terapung tetapi selepas dilihat dari jarak dekat, objek itu rupa-rupanya bangkai buaya dalam keadaan terlentang. “Selepas yakin bahawa buaya itu kaku dan tidak bergerak, baru kami memberanikan diri menghampiri sebelum menariknya kira-kira 500 meter ke tepi pantai,” kat...

Kreativiti 'Wanita Biru'

صورة
RUANG yang terhad sering mengundang masalah kepada pemilik untuk menghias dan mencantikkan kediaman. Apatah lagi jika mempunyai bilangan ahli keluarga yang ramai. Kehadiran anak kecil pula menuntut setiap perhiasan rumah disimpan dengan teliti. Usaha pasangan Bahrain Md. Zain, 47, dan Rosmah Yusak, 44, mentransformasi rumah teres setingkat milik mereka boleh dipuji. Malah, kegilaan Rosmah terhadap warna biru, daripada sudut dinding hingga pelbagai peralatan dan perabot telah membuahkan hasil yang menarik. Menurut Rosmah, sejak kecil lagi dia menggemari warna biru. “Saya suka memakai pakaian berwarna biru, beg biru, kasut dan jam tangan biru. “Bagi saya warna itu memberikan suasana yang menyenangkan. “Lagipun bilik tidur yang hiasannya banyak warna biru membuatkan saya lebih mudah terlelap setelah seharian penat bekerja,” katanya ketawa. Tong sampah Kunjungan Jurnal ke rumah Rosmah untuk melihat sejauh mana obsesnya beliau kepada warna biru memang mengejutkan. Bayangk...

Model seksi jadi tumpuan di Shanghai

صورة
SEJUMLAH model seksi berkumpul di satu ruang Persidangan dan  Ekspo Hiburan Digital China Kali Ke-8 di Shanghai pada Khamis lalu. SHANGHAI - Model-model seksi yang memakai pakaian seperti bikini dan skirt mini menjadi tumpuan pada Persidangan dan Ekspo Hiburan Digital China Kali Ke-8 di sini yang berakhir semalam. Gadis-gadis genit itu menjadi tumpuan kerana pemerintah komunis China sebelum ini mengumumkan syarikat-syarikat permainan komputer dilarang menggunakan unsur-unsur seks bagi mempromosikan produk masing-masing. Seorang pelajar kursus perniagaan, Sherrill Ma berkata, gadis-gadis tersebut memperoleh AS$30 (RM95.55) hingga AS$45 (RM143.32) sehari untuk beraksi pada ekspo itu selama empat hari. Dia yang berumur 21 tahun melakonkan watak seperti wanita kucing dengan memakai pakaian dalam dan duduk di dalam kurungan. Seorang lagi gadis seksi, Zhang Meng berumur 20 tahun berkata, terdapat beberapa pengunjung yang meminta dia melakukan pelbagai aksi seperti menyentuh tubu...

Ayam betina 'berlagak' seperti penguin

صورة
AYAM betina seperti penguin berjalan bersama ayam lain. BEIJING - Seekor ayam betina milik seorang petani, Lu Xi berjalan seperti penguin di wilayah Jiangsu, lapor sebuah akhbar semalam. Ayam itu tidak pernah terbang dan kerap melihat ke arah air dengan memikirkan ia boleh berenang. Gelagat pelik yang diberi nama jolokan Mumble oleh pihak media itu menyebabkan ia terselamat daripada menjadi hidangan masakan oleh tuannya. Menurut Xi, ayam itu memiliki kepak yang kecil seperti penguin menyebabkan ia berjalan secara tegak dan tidak boleh terbang seperti ayam lain.