المشاركات

عرض المشاركات من ديسمبر, ٢٠١٠

Wanita ambil masa tiga minit pilih kekasih

صورة
Satu kajian di Britain mendapati wanita cuma mengambil masa tiga minit untuk membuat keputusan sama ada seorang lelaki itu sesuai untuk mereka, lapor sebuah akhbar semalam. Kajian tersebut yang melibatkan 3,000 orang dewasa dilakukan sempena pelancaran buku terbaru, Instinct yang dihasilkan oleh penulis Britain, Ben Kay. Menurut kajian itu, seseorang wanita memerhatikan wajah, bentuk tubuh dan gaya berpakaian selain bau dan loghat apabila memilih bakal teman lelaki. Kajian sama menunjukkan golongan wanita jarang mengubah keputusan mereka selepas membuat penilaian awal selama tiga minit itu. "Kajian ini mengejutkan kerana wanita membuat keputusan mengenai lelaki dengan begitu cepat," kata Kay. Para penyelidik mendapati wanita tidak akan memilih seorang lelaki yang dianggap mereka terlalu angkuh dan terdesak untuk mendapatkan teman wanita. Golongan wanita juga didapati enggan menerima seorang lelaki yang dilihat tidak mesra dengan orang ramai, tidak kelihatan berduit...

Dewi Perssik buat 'adegan buka-bukaan'

صورة
GAMBAR yang disiarkan akhbar KOMPAS.com semalam menunjukkan beberapa kanak-kanak  merakamkan aksi Dewi Perssik semasa dia membuat persembahan di restoran Shinta International di Banjarmasin, pada minggu lalu. BANJARMASIN - Penyanyi dangdut terkenal, Dewi Perssik tidak menghiraukan peringatan pemimpin agama supaya jangan membuat 'adegan buka-bukaan' semasa menyanyi, lapor akhbar KOMPAS.com semalam. Dewi Perssik yang merupakan bekas isteri penyanyi dangdut, Saipul Jamiil dan pelakon Aldi Taher itu tidak segan-segan membuka baju di depan beberapa kanak-kanak yang menyaksikan persembahannya di restoran Shinta International di Banjarmasin, pada minggu lalu. Beberapa kanak-kanak dilaporkan merakamkan aksi penyanyi itu dengan menggunakan telefon bimbit berkamera. Dalam persembahan itu, penyanyi itu menari 'goyang gergaji.' Pada malam persembahan itu, Dewi Perssik meminta kebenaran daripada tetamu undangan untuk membuka jaketnya kerana berasa panas. Selepas dia menan...

TIME DotCom dan ASTRO bergabung

صورة
UNIT TIME dotCom Bhd, TT dotCom Sdn Bhd, menandatangani terma prinsipal kerjasama dengan Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd (Astro) bagi menyediakan perkhidmatan jalur lebar dan Televisyen Protokol Internet (IPTV) ke seluruh Lembah Klang dan Pulau Pinang. Menurut Time dalam makluman kepada Bursa Malaysia, kerjasama dengan Astro itu akan membolehkan TIME mendapatkan pelanggan dengan lebih cepat dalam sasarannya dan memanfaatkan kekuatan rangkaian jalur lebar optik tulen 100 peratus TIME. "Dengan IPTV Astro dan perkhidmatan B.yond dengan jalur lebar optik TIME, akan membolehkan kedua-dua pihak memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan akhir," katanya dan menambah yang perniagaan borong TIME akan terus diperkukuhkan melalui kerja dengan rakan kongsi utama seperti Astro. Astro memiliki dan mengendalikan perkhidmatan televisyen berbayar utama Malaysia serta perkhidmatan multimedia, interaktif dan radio yang lain melalui sistem multimedia digital kepada pelanggann...

Hukum Mengucapkan Merry Christmas

صورة
Apabila penulis menaip “Why do we celebrate Christmas” di enjin carian internet www.google.com, hasil penemuan pertama yang dikemukakan menyebut: Why do we celebrate Christmas? It is Jesus' birthday! His mommy was Mary and His earthy Father was Joseph. His real Father is God and Jesus was God's gift to all of us! Christmas is the celebration of the birth of Jesus. Christians decided to celebrate this day many years after He was born. December 25 was picked as this day, even though it probably is not the exact day He was born. That is not as important as the reason we celebrate Christmas. Jesus is the reason for the season. The season is not just to receive gifts, get time off from school or eat a lot of good stuff. Remember that Jesus was born for us...to take away our sins...so that we can be forgiven of the bad things we do forever. This is the greatest gift of all! [ www.godschildrenscorner.com ] Jelas Christmas Day adalah sambutan bersempena dua perkara, pertama: Jesu...

Beli rumah tanpa deposit mulai 1 Januari 2011

صورة
ANTARA rumah yang dibangunkan oleh SPNB bagi membolehkan rakyat negara  KUALA LUMPUR - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) semalam mengumumkan berita baik kepada individu yang berpendapatan bulanan di bawah RM3,000 yang ingin memiliki rumah pertama di bawah Skim Rumah Pertamaku mulai Januari tahun depan. Pengerusinya, Datuk Ir. Idris Haron berkata, pihaknya bersedia menjadi pendahulu pasaran kepada skim tersebut dengan menawarkan 11,000 unit rumah siap dibina untuk golongan terlibat tanpa wang pendahuluan. "Harga rumah yang ditawarkan adalah antara RM35,000 dan RM220,000 meliputi semua projek di seluruh negara. "Ini tidak termasuk empat projek baru bakal dibina tahun hadapan yang menawarkan 1,200 unit rumah di Kedah, Selangor, Johor dan Sabah," katanya selepas majlis pelancaran Program Budaya Kerja HIFI SPNB di sini. Sumber : Kosmo

TIME DotCom Rebranding

صورة
PENGGUNA di Mont Kiara dan kawasan segi tiga emas Kuala Lumpur, meliputi Jalan Bukit Bintang, Imbi, Sultan Ismail dan Raja Chulan, berpeluang menikmati akses internet terlaju di negara ini sehingga 50 Megabit sesaat menerusi penyambungan TIME Connects yang ditawarkan Time dotCom Bhd (TIME). Ketua Eksekutifnya, Afzal Abdul Rahim, berkata rangkaian fiber optik sepenuhnya yang dibangunkan syarikat itu kini beroperasi di 30,000 kediaman dan pejabat di dua kawasan terbabit dengan 16,000 lagi kediaman dan pejabat akan disambungkan awal tahun depan. “Tahap kelajuan internet seperti ini belum pernah dinikmati sebelum ini, tetapi ia hari ini satu realiti. “Bayangkan anda kini boleh muat turun video seberat 500 Megabit dalam masa satu minit empat puluh saat berbanding hampir sejam sebelum ini atau muat turun dua Gigabit tayangan berdefinisi tinggi (HD) kurang daripada tujuh minit dengan jaminan kepuasan menonton tanpa gangguan atau gambar yang terhenti-henti,” katanya pada majlis mengumumk...