Dosa - Dosa Orang Yang Meninggalkan Sembahyang



Orang-orang yang meninggalkan sembahyang fardhu dengan sengaja tanpa keuzuran syarie adalah berdosa dan akan dibalas dengan azab iaitu neraka Saqar sebagaimana firman Allah s.w.t . yang bermaksud :
"Apakah yang menyebabkan kamu diheret ke neraka Saqar ? Mereka menjawab : "Kami tidak menunaikan sembahyang".



Sementara itu setengah para ulama' membuat andaian berdasarkan hadis-hadis orang-orang yang meninggalkan sembahyang fardhu itu itu sama nilaian dengan dosa seperti berikut:

Sembahyang Subuh
Barang siapa yang meninggalkan sembahyang subuh , nescaya Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka selama 60 tahun.

Sembahyang Zohor
Barang siapa yang meninggalkan sembahyang zohor dengan sengaja dosanya sama dengan membunuh 1000 orang Islam

Sembahyang Asar
Barang siapa yang meninggalkan sembahyang Asar dengan sengaja , dosanya sama dengan seperti ia meruntuhkan Ka'abah (Rumah Allah)

Sembahyang Maghrib
Barang siapa yang meninggalkan sembahyang Maghrib dosanya sama seperti ia berzina dengan ibunya atau anak perempuan bagi orang-orang lelaki ataupun berzina dengan bapa atau anak lelaki bagi orang-orang perempuan.

Sembahyang Isya'
Barang siapa yang meninggalkan sembahyang Isya' nescaya Allah tidak akan redha ia tinggal di dunia ini ( bumi Allah ) dan menggunakan segala nikmat kurniaan Allah. Segala gerak geri adalah semata-mata dalam keadaan berdosa kepada Allah s.w.t.




Di antara hadis yang menyebut mengenai dosa orang yang meninggalkan sembahyang ialah :
Sabda Nabi s.a.w. :
"Sembahyang itu tiang agama, sesiapa yang mendirikannya maka ia mendirikan agamanya, dan barang siapa yang meringankan sembahyang maka ia akan diseksa dengan 15 perkara ..


  • enam perkara di atas dunia




  • tiga perkara sewaktu hendak mati




  • tiga perkara sewaktu di dalam kubur




  • tiga perkara sewaktu bertemu dengan TuhanEnam perkara seksaan di atas dunia




  • Dihilangkan berkat sedikit demi sedikit yang ada pada umurnya




  • Dikurangkan rezeki di dalam usahanya




  • Tiada dipelihara baginya agama Islam




  • Dikurangkan pengaruh-pengaruh baik pada dirinya




  • Segala amal kebajikan yang diamalkan dalam dunia ini tiada diberi pahala oleh Allah akan dia.




  • Tiada diangkat oleh malaikat ke langit akan segala amalnyaTiga perkara sewaktu hendak mati
    1. Dimatikan dalam kehinaan
    2. Dimatikan dalam keadaan sangat lapar
    3. Dimatikan dalam keadaan sangat kehausan walaupun dituangkan air kekerongkongnya sebanyakmanapun
    Tiga perkara sewaktu dalam kubur
    1. Dihimpit tanah dalam kuburnya sehingga keadaan tulang selangkanya remuk sama sekali dan Tuhan memerintahkan malaikat Munkar dan Nankir menyiksanya sehingga hari kiamat.
    2. Didatangkan Allah seekor ular besar bernama SHWAUN-RAK yang keadaannya sangat dasyat, matanya seperti guruh dilangit menggigit dan membenamkan kukunya kepada mangsanya hingga hari kiamat.
    3. Didatangkan malaikat yang bertongkat besi, sambil berkata dengan suara yang ganas dan kuat seperti guruh di langit seraya berkata:
      "Aku diperintahkan oleh Allah memalu (memukul) engkau
      daripada subuh hingga zuhur, dan zuhur hingga subuh"Tiap-tiap kali pukul atau paluan itu tertanam tubuh kita hingga 70 hasta ke dalam tanah, maka dikeluarkan pula kukunya yang mana keadaan memakan masa selama sehari semalam dalam perjalanan.
  • 4 تعليقات

    Please leave your ideas here

    1. salam.. sy byk melakukan dosa..

      ردحذف
    2. salam.. sepanjang hdup sy selama 20 tahun nie, sy byk mlakukan dosa.sy c suka solat, x patuh perintah agama dan sy bt ape yg dilarang. sejak beberapa hari yg lepas, sy mula terfikirkan khdupan dan kematian. sy ambil wudhu, solat dan berdoa.. sejak dari tu, sy rasa tenang setenangnya.. dulu sy rajin chatting, on fb dan tgk bde bukan2. tapi skg sy lebih byk baca kisah2 nabi, buku2 tentang agama, cerita kematian.. dan sy beroleh ketenangan. sy mpunyai byk msalah kluarga.walaupun sy dtg dari fmly yg sng..tapi sbb kurang kasih syg dan perhatian, sy terjebak dgn macam2 masalah. sy rasa terpanggil utk komen blog anda sbb sy mahu org yg melihat blog anda akan faham ape yg cuba anda smpaikan dan menjadi islam yg terbaik. islam itu indah..dan sy mohon doa dari smua agar perubahan sy ini kekal sehingga terputus jasad dari badan.. wallahualam.. Wassalam.

      ردحذف
    3. salamualaikum...izinkan saya untuk berkongsi artikel ini untuk teman2 saya..

      ردحذف
    4. Solat bgt dtekankan dalam kehdpn. Sehinggakan kethp nazak sekalipun(sdh x mampu bbuat apa2)solat masih wajib dilaksanakan. bgt jga smsa dalam peperangan di zaman Rasullullah.. wajibnya solat umpama wajibnya kita mendapat oksigen setiap hari utk hdup... percayalah jika solat dgn pnuh ikhlas akan ada sinar bahagia dlm hdup kita... Insya Allah

      ردحذف
    إرسال تعليق
    أحدث أقدم