Satu kajian di Britain mendapati wanita cuma mengambil masa tiga minit untuk membuat keputusan sama ada seorang lelaki itu sesuai untuk mereka, lapor sebuah akhbar semalam.
Kajian tersebut yang melibatkan 3,000 orang dewasa dilakukan sempena pelancaran buku terbaru, Instinct yang dihasilkan oleh penulis Britain, Ben Kay.
Menurut kajian itu, seseorang wanita memerhatikan wajah, bentuk tubuh dan gaya berpakaian selain bau dan loghat apabila memilih bakal teman lelaki. Kajian sama menunjukkan golongan wanita jarang mengubah keputusan mereka selepas membuat penilaian awal selama tiga minit itu.
"Kajian ini mengejutkan kerana wanita membuat keputusan mengenai lelaki dengan begitu cepat," kata Kay.
Para penyelidik mendapati wanita tidak akan memilih seorang lelaki yang dianggap mereka terlalu angkuh dan terdesak untuk mendapatkan teman wanita.
Golongan wanita juga didapati enggan menerima seorang lelaki yang dilihat tidak mesra dengan orang ramai, tidak kelihatan berduit dan tidak mempunyai persamaan dengan mereka.
Kajian tersebut membuat penemuan bahawa ramai wanita mempercayai rasa hati mereka.
Sebanyak 88 peratus wanita percaya pada rasa hati mereka berhubung penilaian terhadap lelaki.
Lelaki dan wanita menyatakan bahawa mereka bergantung pada rasa hati masing-masing semasa membuat keputusan mengenai teman hidup.
Wanita ambil masa tiga minit pilih kekasih
Dewi Perssik buat 'adegan buka-bukaan'
BANJARMASIN - Penyanyi dangdut terkenal, Dewi Perssik tidak menghiraukan peringatan pemimpin agama supaya jangan membuat 'adegan buka-bukaan' semasa menyanyi, lapor akhbar KOMPAS.com semalam.
Dewi Perssik yang merupakan bekas isteri penyanyi dangdut, Saipul Jamiil dan pelakon Aldi Taher itu tidak segan-segan membuka baju di depan beberapa kanak-kanak yang menyaksikan persembahannya di restoran Shinta International di Banjarmasin, pada minggu lalu.
Beberapa kanak-kanak dilaporkan merakamkan aksi penyanyi itu dengan menggunakan telefon bimbit berkamera.
Dalam persembahan itu, penyanyi itu menari 'goyang gergaji.'
Pada malam persembahan itu, Dewi Perssik meminta kebenaran daripada tetamu undangan untuk membuka jaketnya kerana berasa panas.
Selepas dia menanggalkan jaketnya itu, dia hanya memakai coli berwarna hitam.
Aksinya itu dianggap tidak sesuai untuk persembahan tersebut yang turut disaksikan oleh kanak-kanak. - Agensi
TIME DotCom dan ASTRO bergabung
UNIT TIME dotCom Bhd, TT dotCom Sdn Bhd, menandatangani terma prinsipal kerjasama dengan Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd (Astro) bagi menyediakan perkhidmatan jalur lebar dan Televisyen Protokol Internet (IPTV) ke seluruh Lembah Klang dan Pulau Pinang.
Menurut Time dalam makluman kepada Bursa Malaysia, kerjasama dengan Astro itu akan membolehkan TIME mendapatkan pelanggan dengan lebih cepat dalam sasarannya dan memanfaatkan kekuatan rangkaian jalur lebar optik tulen 100 peratus TIME. "Dengan IPTV Astro dan perkhidmatan B.yond dengan jalur lebar optik TIME, akan membolehkan kedua-dua pihak memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan akhir," katanya dan menambah yang perniagaan borong TIME akan terus diperkukuhkan melalui kerja dengan rakan kongsi utama seperti Astro.
Astro memiliki dan mengendalikan perkhidmatan televisyen berbayar utama Malaysia serta perkhidmatan multimedia, interaktif dan radio yang lain melalui sistem multimedia digital kepada pelanggannya.
Antara terma penting kerjasama itu ialah Astro akan menggunakan perkhidmatan TV berbayar HD/VOD/B.yond infrastruktur jalur lebar optik TIME.
Pelanggan akan ditawarkan penyelesaian Astro IPTV canggih dengan perkhidmatan Jalur Lebar dan Telefoni Optik TIME.
Terma lain ialah perkhidmatan akan dijenamakan sebagai 'Astro' dan 'Dikuasakan oleh jalur lebar optik TIME' dan perkhidmatan akan boleh didapati di 11,400 rumah hari ini dan dianggarkan 167,000 rumah di lebih 1,500 bangunan menjelang akhir Disember 2011 seluruh Lembah Klang dan Pulau Pinang.
Pihak berkenaan perlu berusaha ke arah memeterai perjanjian kerjasama untuk tempoh 10 tahun itu, tidak lewat pada 31 Januari 2011. Sekiranya perjanjian kerjasama tidak dimeterai menjelang 31 Januari 2011, pihak-pihak bersetuju yang tarikh itu dilanjutkan sehingga 31 Mac, 2011 atau tarikh kemudiannya sebagaimana yang dipersetujui pihak berkaitan secara bertulis.
Kerjasama itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan TIME Group pada masa depan. - Bernama
Hukum Mengucapkan Merry Christmas
Apabila penulis menaip “Why do we celebrate Christmas” di enjin carian internet www.google.com, hasil penemuan pertama yang dikemukakan menyebut:
Why do we celebrate Christmas? It is Jesus' birthday! His mommy was Mary and His earthy Father was Joseph. His real Father is God and Jesus was God's gift to all of us!
Christmas is the celebration of the birth of Jesus. Christians decided to celebrate this day many years after He was born. December 25 was picked as this day, even though it probably is not the exact day He was born. That is not as important as the reason we celebrate Christmas. Jesus is the reason for the season. The season is not just to receive gifts, get time off from school or eat a lot of good stuff. Remember that Jesus was born for us...to take away our sins...so that we can be forgiven of the bad things we do forever. This is the greatest gift of all! [www.godschildrenscorner.com]
Jelas Christmas Day adalah sambutan bersempena dua perkara, pertama: Jesus sebagai anak Allah dan kedua: pengorbanan Jesus oleh Allah sendiri demi menghapuskan dosa-dosa manusia. Adalah memadai dalam artikel ini kita memberi tumpuan kepada yang pertama sahaja, iaitu Jesus sebagai anak Allah.
Apakah pandangan Islam tentang dakwaan Allah memiliki anak? Jawapannya boleh diperolehi secara jelas daripada al-Qur’an.
Pertama, Allah adalah Tuhan yang bebas daripada diperanakkan atau memiliki anak. Allah Subhanahu wa Ta‘ala berfirman:
Katakanlah: “(Tuhanku) ialah Allah Yang Satu, Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat, Allah tidak beranak dan tidak diperanakkan, Dan tidak ada sesiapapun yang serupa dengan-Nya". [al-Ikhlas 112:1-4]
Kedua, mengatakan Allah memiliki anak adalah satu kesalahan yang amat berat:
Dan mereka berkata: “(Allah) Ar-Rahman, mempunyai anak.”
Demi sesungguhnya, kamu telah melakukan satu perkara yang besar salahnya! Langit nyaris-nyaris pecah disebabkan (anggapan mereka) yang demikian dan bumi pula nyaris-nyaris terbelah serta gunung-ganang pun nyaris-nyaris runtuh ranap kerana mereka mendakwa mengatakan: (Allah) Ar-Rahman mempunyai anak. Padahal tiadalah layak bagi (Allah) Ar-Rahman, bahawa Dia mempunyai anak. [Maryam 19:88-92]
Ketiga, dakwaan Allah memiliki anak adalah sebahagian daripada kepercayaan Trinity yang dipegang oleh orang-orang Kristian. Kepercayaan Trinity bermaksud Allah adalah tiga sekalipun satu, iaitu (1) The Father, (2) The Son and (3) The Holy Spirit. Ini adalah satu kesalahan yang telah dinyatakan oleh al-Qur’an sejak lebih 1400 tahun yang lalu:
Wahai Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani)! Janganlah kamu melampaui batas dalam perkara agama kamu dan janganlah kamu mengatakan sesuatu terhadap Allah melainkan yang benar.
Sesungguhnya al-Masih Isa ibni Maryam (Jesus) hanya seorang pesuruh Allah dan Kalimah Allah yang telah disampaikan-Nya kepada Maryam dan (merupakan tiupan) roh daripada-Nya. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-rasul-Nya dan janganlah kamu mengatakan: "(Tuhan itu) tiga (Trinity)".
Berhentilah (daripada mengatakan yang demikian) supaya menjadi kebaikan bagi kamu. Hanyasanya Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci Allah daripada mempunyai anak. Bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Dan cukuplah menjadi Pengawal (Yang Mentadbirkan sekalian makhlukNya). [an-Nisa’ 4:171]
Keempat, apabila orang-orang Kristian enggan berhenti daripada kepercayaan Trinity mereka sebagaimana yang dilarang oleh ayat 171 surah an-Nisa’ di atas, Allah Subhanahu wa Ta‘ala menghukum mereka kafir:
Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: “Bahawasanya Allah ialah salah satu dari tiga tuhan.” Padahal tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan yang Maha Esa. Dan jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, sudah tentu orang-orang yang kafir dari antara mereka akan dikenakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya. [al-Maidah 5:73]
Ayat-ayat al-Qur’an di atas tidaklah bersifat samar-samar dalam menyatakan kesalahan mendakwa Allah memiliki anak. Pengkhususan diberikan kepada kepercayaan agama Kristian yang mendakwa Jesus adalah anak Allah. Jesus sebagai anak Allah adalah salah satu unsur Trinity. Berpegang kepada kepercayaan sebegini adalah satu kekafiran yang tidak diragukan lagi.
Alhamdulillah umat Islam bebas daripada kepercayaan Allah memiliki anak dan Trinity. Akan tetapi umat Islam tidak sahaja dituntut untuk menjauhi kepercayaan sedemikian tetapi juga dilarang daripada membantu atau menyokongnya. Ini kerana di dalam Islam, apabila sesuatu perkara itu adalah salah maka kita bukan sahaja dituntut untuk menjauhi kesalahan tersebut tetapi juga dilarang daripada membantu dan menyokong kesalahan itu. Allah 'Azza wa Jalla berfirman:
Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. [al-Maidah 5:02]
Termasuk dalam keumuman perintah “…bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan…” ialah membetulkan kepercayaan orang-orang Kristian. Hal ini kita lakukan bukan dengan menzalimi mereka tetapi dengan dakwah dan dialog dengan cara yang terbaik, yakni dengan ilmu dan hikmah. Allah Subhanahu wa Ta‘ala berfirman:
Dan janganlah kamu berbahas dengan Ahli Kitab melainkan dengan cara yang lebih baik, melainkan kepada orang-orang yang berlaku zalim di antara mereka. Dan katakanlah (kepada mereka yang zalim): “Kami beriman kepada (Al-Quran) yang diturunkan kepada kami dan kepada (Taurat dan Injil) yang diturunkan kepada kamu; dan Tuhan kami, juga Tuhan kamu, adalah Satu. Dan kepada-Nyalah kami patuh dengan berserah diri." [al-Ankabut 29:46]
Termasuk dalam keumuman perintah “…janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa…” ialah jangan kita membantu dan menyokong kepercayaan orang-orang Kristian. Di antaranya ialah jangan diucapkan: “Merry Christmas” kerana dengan ucapan ini atau apa-apa yang seumpama, kita mengiktiraf kepercayaan mereka dan memberi ucapan tahniah untuk mereka meneruskan kepercayaan tersebut. Ini dilarang dan amat bertentangan dengan apa yang sebenarnya dituntut ke atas kita.
Adapun tindakan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam yang menghormati dan berbuat baik kepada sebahagian kaum Ahli Kitab, yakni orang-orang Yahudi dan Nasrani, ia adalah tindakan yang menafsirkan firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:
Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu) dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. [al-Mumtahanah 60:08]
Akan tetapi menghormati dan berbuat baik kepada orang bukan Islam, dalam kes ini orang-orang Kristian, tidaklah sampai ke tahap membenarkan dan membantu kepercayaan mereka yang syirik kepada Allah. Sebagai contoh, apabila memerintahkan anak-anak berbuat baik kepada ibubapa, Allah Subhanahu wa Ta‘ala berfirman:
Dan jika mereka berdua (ibubapa) mendesak kamu supaya mempersekutukan dengan-Ku sesuatu yang engkau tidak mengetahui sungguh adanya, maka janganlah engkau taat kepada mereka. Dan bergaullah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik. [Luqman 31:15]
Jelas bahawa berbuat baik tersebut adalah dengan syarat ia tidak melibatkan apa-apa yang bersifat syirik kepada Allah. Jika melibatkan syirik maka tidak ada ketaatan. Namun sekalipun dalam suasana syirik tersebut, anak-anak tetap dituntut bergaul dengan ibubapa mereka dengan cara yang baik.
Justeru kita memang dituntut berbuat baik kepada orang-orang bukan Islam. Akan tetapi tuntutan ini tidaklah ke tahap kita melakukan syirik kepada Allah atau kita mengiktiraf dan membantu orang bukan Islam melakukan syirik kepada Allah. Hal ini perlu dibezakan dengan baik. Perhatikan bahawa sekalipun Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menghormati dan berbuat baik kepada sebahagian kaum Ahli Kitab, baginda tidak sekali-kali memberi ucapan tahniah dan menyertai perayaan keagamaan mereka.
Timbul persoalan seterusnya, bagaimana seharusnya sikap kita kepada majikan, guru, rakan-rakan, jiran-jiran dan ahli keluarga kita yang menyambut Christmas Day? Untuk menjawab persoalan ini, penulis ingin mengajak para pembaca sekalian melakukan satu anjakan paradigma. Sedar atau tidak, kita umat Islam apabila menghadapi sesuatu persoalan seringkali akan cuba mengubahsuai agama Islam supaya selari dengan persoalan tersebut. Kenapa tidak dilakukan yang sebaliknya, iaitu mengubahsuai persoalan supaya selari dengan agama Islam? Sudah sampai masanya Islam dan umatnya menjadi pemimpin, bukan asyik dipimpin.
Dalam kes ini, sikap kita terhadap orang-orang Kristian yang berkaitan ialah menerangkan kepada mereka bahawa kita menghormati kepercayaan yang mereka pilih. Akan tetapi tidaklah bererti kita mengiktiraf dan menyertai perayaan keagamaan mereka kerana ia bertentangan dengan prinsip agama kita sendiri. Melalui penerangan yang berhikmah dan ilmiah, pasti mudah untuk orang-orang Kristian menerimanya. Malah mungkin ia dapat membuka ruang dakwah untuk kita membetulkan kepercayaan Trinity yang mereka pegangi.
Sudah tentu bahawa penjelasan dalam dua perenggan terakhir di atas adalah berdasarkan kemampuan setiap individu. Jika seseorang tersepit dalam suasana yang menekan, maka dibolehkan baginya mengucapkan Merry Christmas sebagai pilihan yang terakhir. Allah sebagai tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Pengampun mengetahui apabila seseorang hambanya terpaksa melakukan satu perkara yang tidak diingininya.
Perkara lain yang perlu digariskan adalah, tidak mengucapkan Merry Christmas tidak bererti akan menyebabkan perpecahan di kalangan rakyat Malaysia. Ini kerana perpaduan rakyat bukan bererti persatuan agama tetapi saling menghormati ajaran agama masing-masing.[1]
Menghormati ajaran agama masing-masing bukanlah bermaksud kita umat Islam perlu mengalah kepada orang Kristian dengan mengucapkan Merry Christmas kepada mereka, tetapi dengan orang Kristian sendiri yang mengalah kepada umat Islam dengan menghormati kenapa ajaran Islam melarang umatnya daripada mengucapkan Merry Christmas.
[1] Perlu dibezakan bahawa “menghormati ajaran agama masing-masing” tidaklah bererti kita boleh menjadikan umat beragama lain sebagai Wali. Kedua, ia tidak bererti kita boleh meninggalkan kewajipan untuk berdakwah kepada mereka. Lebih lanjut rujuk risalah penulis: Kerukunan Antara Agama, Bukan Kesamaan Antara Agama yang dimuatkan dalam buku Himpunan Risalah Dalam Beberapa Persoalan Ummah – Buku 2 (Jahabersa, Johor Bahru 2005).
Sumber : www.hafizfirdaus.com
Beli rumah tanpa deposit mulai 1 Januari 2011
Pengerusinya, Datuk Ir. Idris Haron berkata, pihaknya bersedia menjadi pendahulu pasaran kepada skim tersebut dengan menawarkan 11,000 unit rumah siap dibina untuk golongan terlibat tanpa wang pendahuluan.
"Harga rumah yang ditawarkan adalah antara RM35,000 dan RM220,000 meliputi semua projek di seluruh negara.
"Ini tidak termasuk empat projek baru bakal dibina tahun hadapan yang menawarkan 1,200 unit rumah di Kedah, Selangor, Johor dan Sabah," katanya selepas majlis pelancaran Program Budaya Kerja HIFI SPNB di sini.
Sumber : Kosmo
TIME DotCom Rebranding
PENGGUNA di Mont Kiara dan kawasan segi tiga emas Kuala Lumpur, meliputi Jalan Bukit Bintang, Imbi, Sultan Ismail dan Raja Chulan, berpeluang menikmati akses internet terlaju di negara ini sehingga 50 Megabit sesaat menerusi penyambungan TIME Connects yang ditawarkan Time dotCom Bhd (TIME).
Ketua Eksekutifnya, Afzal Abdul Rahim, berkata rangkaian fiber optik sepenuhnya yang dibangunkan syarikat itu kini beroperasi di 30,000 kediaman dan pejabat di dua kawasan terbabit dengan 16,000 lagi kediaman dan pejabat akan disambungkan awal tahun depan.
“Tahap kelajuan internet seperti ini belum pernah dinikmati sebelum ini, tetapi ia hari ini satu realiti.
“Bayangkan anda kini boleh muat turun video seberat 500 Megabit dalam masa satu minit empat puluh saat berbanding hampir sejam sebelum ini atau muat turun dua Gigabit tayangan berdefinisi tinggi (HD) kurang daripada tujuh minit dengan jaminan kepuasan menonton tanpa gangguan atau gambar yang terhenti-henti,” katanya pada majlis mengumumkan perkhidmatan penyambungan fiber optik sepenuhnya itu di Kuala Lumpur, semalam.
Afzal berkata, perkhidmatan itu sesuai bagi menyokong kebanyakan aplikasi jalur lebar perniagaan seperti memindahkan data, e-mel, melayari laman web, tontonan video, persidangan video, e-perniagaan dan aplikasi berasaskan internet lain.
Beliau berkata, tiga perkhidmatan ditawarkan iaitu TIME Fibre Broadband khusus untuk pelanggan runcit, manakala TIME Fibre Internet Basic dan TIME Fibre Internet Plus untuk perniagaan.
TIME Fibre Broadband ditawarkan pada harga serendah RM99 sebulan.
TIME Fibre Internet Basic ditawarkan dalam empat pakej dengan caj bulanan antara RM148 hingga RM818 sebulan, manakala TIME Fibre Internet Plus pula ditawarkan dalam tiga pakej dengan caj bulanan daripada RM688 hingga RM1,888, katanya.
Pada majlis sama penyedia rumusan dan penyelesaian telekomunikasi talian tetap itu turut memperkenalkan logo baru syarikat.
Afzal berkata, asas kepada perkhidmatan penyambungan fiber optik sepenuhnya oleh TIME itu adalah lima gerbang koridor raya fiber optik utama merentasi utara-selatan dan timur-barat Semenanjung yang siap sepenuhnya baru-baru ini.
Beliau berkata, buat masa ini perkhidmatan itu ditumpukan sekitar Lembah Klang yang dibahagikan kepada 10 zon dengan fasa berikutnya ialah di kawasan Bangsar-Damansara disusuli Subang-Sunway.
Yovie & Nuno - Dia Milikku (Ost Cinta Kirana)
Semula ku tak tahu
Engkau juga kan ingin memilikinya
Bukankah ku lebih dulu
Bila engkau temanku
Sebaiknya tak mengganggu
Reff I :
Dia untukku
Bukan untukmu
Dia milikku
Bukan milikmu
Pergilah kamu
Jangan kau ganggu
Biarkan aku
Mendekatinya
Kamu
Tak akan mungkin
Mendapatkannya
Karena dia
Berikan aku
Pertanda cinta
Janganlah kamu banyak bermimpi...ohh
Dia Untuk aku
Bukankah belum pasti
Kamu juga kan jadi
Dengan dirinya
Dia yang menentukan
Apa yang kan terjadi
Tak usah mengaturku
Reff II :
Dia untukku
Bukan untukmu
Dia milikku
Bukan milikmu
Lihatlah nanti
Lihatlah saja
Biarkan aku
Mendekatinya
Kamu
Tak akan mungkin
Mendapatkannya
Karena dia
Berikan aku
Pertanda juga
Janganlah kamu banyak bermimpi oohh
Kusarankan engkau mundur saja...ooo
Back to Reff I :
Muat turun lagu ini
Duta & Baizura Kahar - Cinta Antara Kita (OST Dunia Baru the movie)
Duta:
Sejak dari dulu
ku menyintaimu
kau tahu begitu namun kau berpura
ku masih teringat kau peluk diriku
yang telah membuat ku menyintai mu
Sudah berapa lama
diriku ini
tak bertemu mu
mungkin ku harap jua
kau merindu ku
sebagaimanaku rinduimu
Duta:
Cinta antara kita
tiada penghalangnya
walau akhir usia
ku menyinta dirimu
ku hanya menunggu mu
menyata kau cintaku
ku kan berjanji
menyintamu syg….
Baizura Kahar:
Setelah kau pergi jauh dari sisi
tiada ku cinta selain dirimu
ku ingin bersama dgnmu selamanya
walaupun sehingga ke akhir nyawa
mungkin kau tak mengerti
maksud ku dulu pada dirimu
kiniku kan menyinta dirimu itu sehingga ke akhir waktu
Baizura Kahar:
cinta antara kita
tiada penghalangnya
walau akhir usia
ku menyintai dirimu
ku hanya menunggu mu
menyata kau cintaku
ku kan berjanji
menyintamu sayang….
Duta:
sudah berapa lama
diriku ini
tak bertemu mu
Baizura Kahar:
mungkin ku harap jua
kau merindu ku
sebagaimanaku rindumu
Duta:
Cinta antara kita
tiada penghalangnya
walau akhir usia
ku menyinta dirimu
Baizura Kahar:
Hanya menunggu mu
menyata kau cintaku
ku kan berjanji
menyintamu sayang….
Duta and Baizura Kahar:
cinta antara kita
tiada penghalangnya
walau akhir usia
ku menyintai dirimu
ku hanya menunggu mu
menyata kau cintaku
ku kan berjanji
menyintamu syg…
ku kan berjanji
menyintamu syg...
Muat turun lagu ini
6ixth Sense - Menyesal (OST Asmara)
Tak pernah ku mengerti hadirmu untukku
Rasa yang pernah kau bagi
Cinta yang telah kau beri
Betapa kau kekasih hingga hujung hati
Rasa yang setia menanti
Cinta yang tak akan pergi
Korus
Menyesal ku akui tak terima cintamu
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku
Terlambat ku akui berertinya dirimu
Kerna hanya dirimu sambut cinta
Penawar peritku
Tulus cintaku
Kerna hanya dirimu
Sanggup cinta penawar peritku
Sanggup cinta pengusap tangisku
Muat turun lagu ini
Afgan - Padamu Ku bersujud (OST Janji Kekasih)
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya nama-Mu Ya Allah
*
Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah
Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
Hamba-Mu yang slalu bertakwa
Ampuniku Ya Allah
Yang sering melupakan-Mu
Saat Kau limpahkan karunia-Mu
Dalam sunyi aku bersujud
Muat turun lagu ini
The Fabulous Cats - Pergilah Ayu (OST Syah Jihan)
Cermin ku membayang bayanganmu
Pameran kasih ku layu
Tiada dirimu tiada untukku
Sakitku mencintaimu
Deritaku merinduimu
Lemah hati menginginkanmu
Tewasku bila ku ketahui
Berita kau sudah berpunya
Hancur hatiku
Berkeping-keping jadinya
Hilangku bukan untuk menyeksa
Bagiku semua tiada berharga
Biarku telan semua derita
Biarku ku jalani hidup tanpamu
Tiada cinta dan kasihmu
Meski hati merelai
Di situ kau mula mahu mengenalinya
Langkahku songsang telah ku sedari
Semula ku hias kau jauh dah pergi
Putus komunikasi kau elakkan diri
Ku mencari jalan kembali kau mahu terus pergi
Ku ingatkan kau memori kau tutupkan telinga
Nyata tiada kita tiada jalan penyambungnya
Ya Allah maha pemurah dan maha pencipta
Terima kasih atas pertemuan antara aku dan dia
Jika nyata bukan dia pemilik tulang rusukku
Kikiskanlah pesonanya dari kedua mata
Dengan segala kelebihan dan kekurangan yang ada
Bahagiakanlah mereka berdua ku doakannya
PadaMu ku pohon sucikan hatiku
Sehinga dapat melaksana kehendak dan rencanaMu
Amin
Pergilah pergilah ayu
Jangan kau
Hiraukan tentang diriku
Pergi kau pergi kau ayu
Ku anggapkan ini satu tragedi
Kau hancurkan harapku
Untuk hidup bahagia bersamamu
Tapi janji kosongmu
Tak sudah-sudah
Entah sampai bila
Kau lepaskan saja aku
Biar ku jalani hidup tanpamu
Tiada cinta dan kasihmu
Meski hati merelai
Jangan kau
Hiraukan tentang diriku
Pergilah pergilah sayang
Biarkan ku begini
Muat turun lagu ini
Gio - Bila Cinta ( Ost Lagenda Budak Setan )
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu
Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Dan ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Hingga engkau pergi
Tinggalkanku
Hilangnya cintamu *
Menusuk hatiku
Hingga ku memilih
Cinta yang fana
Perginya dirimu **
Merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Muat turun lagu ini
Opick - Rapuh
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan
seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup
meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu
maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta
detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu
Muat turun lagu ini 5.6Mb
Rain masuk tentera 2011
OLEH kerana terlalu banyak kontroversi yang melibatkan kemasukan selebriti ke pusat latihan ketenteraan di Korea Selatan, penyanyi dan pelakon terkenal Korea, Rain, memutuskan untuk mengumumkan tarikh penyertaannya lebih awal.
Rain mengumumkan akan menyertai latihan ketenteraan yang wajib diikuti setiap lelaki di negara itu pada tahun hadapan iaitu 2011.
Dia membuat pengumuman berkenaan pada majlis sidang media pelancaran drama terbaru lakonannya yang berjudul Fugitive yang baru sahaja ditayangkan di KBS2TV minggu lalu.
Katanya: "Saya percaya kemasukan saya ke pusat latihan ketenteraan akan berlaku pada tahun hadapan. Selepas drama ini, saya akan menjalani penggambaran filem aksi yang menyebabkan saya membuat keputusan menyertai latihan tentera tahun depan."
Drama Fugitive lakonannya itu akan menggantikan drama Baker King, Kim Tak Goo dan akan bersaing dengan dua drama hebat My Girlfriend is a Nine-Tailed Fox dan Playful Kiss yang ditayangkan di stesen televisyen yang lain untuk merebut rating penonton.
Pemberita korek hidung semasa siaran berita
CHICAGO - Seorang pemberita wanita mengorek hidung di belakang seorang pembaca berita di pejabat stesen televisyen CBS di sini, Amerika Syarikat (AS), lapor sebuah akhbar semalam.
Kejadian berlaku semasa pembaca berita, Dorothy Tucker memberitahu kepada penonton mengenai pentingnya untuk memastikan pijat-pijat tidak berada di dalam rumah, baru-baru ini.
Namun, apa yang lebih menjijikkan lagi ialah pemberita wanita itu menjilat jarinya yang digunakan untuk mengorek hidung tanpa membasuh tangganya terlebih dahulu.
Pemberita wanita itu dengan selamba meneruskan tugasnya dengan menggunakan telefon seperti aksinya tidak dilihat oleh penonton.
Perbuatan pemberita itu boleh dilihat di laman web YouTube.
Ditangkap selepas mengaku rompak bank dalam Facebook
PORTLAND, Oregon - Seorang perompak bank, Ryan Homsley yang menggelarkan dirinya sebagai 'Where's Waldo' ditangkap dua hari selepas dia mengaku melakukan jenayah itu dalam laman sosial Facebook miliknya, lapor sebuah akhbar semalam.
Nama 'Where's Waldo' diberikan kepadanya yang diambil sempena watak ciptaan pelukis British, Martin Handford itu kerana dia sebelum ini sukar ditangkap.
Pihak Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) menahan Homsley berusia 29 tahun selepas dia menulis: "Saya kini seorang perompak bank" di laman Facebook pada 22 September lalu.
Pengakuan itu ditulis hanya selepas beberapa jam dia merompak sebuah bank di Tualatin, dekat Portland, Oregon Amerika Syarikat (AS).
Homsley turut menjadikan gambarnya yang dirakamkan kamera pengawasan bank dan yang telah disiarkan media sebagai gambar profilnya di Facebook.
Satu klip video dari kamera litar tertutup (CCTV) bank tersebut menunjukkan Homsley berdiri di hadapan sebuah kaunter dengan memakai baju belang dan cermin mata tebal. Dia memberitahu kakitangan bank bahawa dia membawa sebutir bom.
Namun, satu beg dan kotak kecil yang ditinggalkannya selepas melarikan wang itu sebenarnya tidak berbahaya.
Rakan-rakan Homsley memberitahu dia menghidap diabetes dan terdesak untuk mendapatkan wang bagi membiayai kos rawatannya. Homsley di tangkap semasa dia mendapat rawatan di sebuah hospital.
Dosa - Dosa Orang Yang Meninggalkan Sembahyang
Orang-orang yang meninggalkan sembahyang fardhu dengan sengaja tanpa keuzuran syarie adalah berdosa dan akan dibalas dengan azab iaitu neraka Saqar sebagaimana firman Allah s.w.t . yang bermaksud :
"Apakah yang menyebabkan kamu diheret ke neraka Saqar ? Mereka menjawab : "Kami tidak menunaikan sembahyang".
Sementara itu setengah para ulama' membuat andaian berdasarkan hadis-hadis orang-orang yang meninggalkan sembahyang fardhu itu itu sama nilaian dengan dosa seperti berikut:
Sembahyang Subuh
Barang siapa yang meninggalkan sembahyang subuh , nescaya Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka selama 60 tahun.
Sembahyang Zohor
Barang siapa yang meninggalkan sembahyang zohor dengan sengaja dosanya sama dengan membunuh 1000 orang Islam
Sembahyang Asar
Barang siapa yang meninggalkan sembahyang Asar dengan sengaja , dosanya sama dengan seperti ia meruntuhkan Ka'abah (Rumah Allah)
Sembahyang Maghrib
Barang siapa yang meninggalkan sembahyang Maghrib dosanya sama seperti ia berzina dengan ibunya atau anak perempuan bagi orang-orang lelaki ataupun berzina dengan bapa atau anak lelaki bagi orang-orang perempuan.
Sembahyang Isya'
Barang siapa yang meninggalkan sembahyang Isya' nescaya Allah tidak akan redha ia tinggal di dunia ini ( bumi Allah ) dan menggunakan segala nikmat kurniaan Allah. Segala gerak geri adalah semata-mata dalam keadaan berdosa kepada Allah s.w.t.
Di antara hadis yang menyebut mengenai dosa orang yang meninggalkan sembahyang ialah :
Sabda Nabi s.a.w. :
"Sembahyang itu tiang agama, sesiapa yang mendirikannya maka ia mendirikan agamanya, dan barang siapa yang meringankan sembahyang maka ia akan diseksa dengan 15 perkara ..
- Dimatikan dalam kehinaan
- Dimatikan dalam keadaan sangat lapar
- Dimatikan dalam keadaan sangat kehausan walaupun dituangkan air kekerongkongnya sebanyakmanapun
- Dihimpit tanah dalam kuburnya sehingga keadaan tulang selangkanya remuk sama sekali dan Tuhan memerintahkan malaikat Munkar dan Nankir menyiksanya sehingga hari kiamat.
- Didatangkan Allah seekor ular besar bernama SHWAUN-RAK yang keadaannya sangat dasyat, matanya seperti guruh dilangit menggigit dan membenamkan kukunya kepada mangsanya hingga hari kiamat.
- Didatangkan malaikat yang bertongkat besi, sambil berkata dengan suara yang ganas dan kuat seperti guruh di langit seraya berkata:
"Aku diperintahkan oleh Allah memalu (memukul) engkau
daripada subuh hingga zuhur, dan zuhur hingga subuh"Tiap-tiap kali pukul atau paluan itu tertanam tubuh kita hingga 70 hasta ke dalam tanah, maka dikeluarkan pula kukunya yang mana keadaan memakan masa selama sehari semalam dalam perjalanan.
Perkara - Perkara Yang Membatalkan Puasa
- Datang haidh dan nifas.
- Makan dan Minum dengan senghaja.
- Muntah dengan senghaja.
- Mengeluarkan air mani dengan senghaja.
- Menjadi gila atau hilang akal sepanjang hari.
- Menjadi Murtad.
- Bersetubuh.
- Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga dengan sengaja melalui lubang yang terbuka dari Bahagian tubuh manusia.
- Rongga Otak
Adapun yang dinamakan ronga otak itu ialah tempurung kepala. Maka jika dimasukkan ubat ke dalam kepala melalui lubang yang ditebuk di kepala atau yang luka, apabila sampai sahaja ubat itu ketempurung kepala (kharithah al-dimagh)adalah membatalkan puasa walaupun tida sampai ke dalam otak. - Kerongkong atau rongga mulut
Rongga mulut itu terbahagi kepada had zahir dan had batin. Had zahir mulut itu ialah dari tempat keluar makhraj hurufhingga ke atas mulut, manakala had batin mulut itu ialah dari tempat keluarnya makhraj huruf
atau
hingga ke bawah (kerongkong). Maka yang dikatakan rongga mulut yang membatalkan puasa itu ialah apabila sampai sesuatu yang dimasukkan ke dalam mulut ke had batin (makhraj huruf
atau
).
Adapun air liur yang ada pada had zahir mulut itu apabila ditelan tidaklah membatalkan puasa kecuali air liur yang berpisah dari lidahnya dan memilih keluar ke bibir, apabila ditelan adalah membatalkan puasa.
Manakala kahak atau hingus yang sampai pada had zahir mulut, yang seseorang itu berkuasa meludahkannya apabila ditelannya, adalah membatalkan puasa. - Rongga hidung
Apa-apa jua yang dimasukkan ke dalam hidung yang melebihi pangkal batang hidung (khaisyum) adalah membatalkan puasa. - Rongga telinga
Adapun rongga telinga yang membatalkan puasa itu ialah batin telinga (bathin al-udzun). Maka jika dimasukkan sesuatu seperti menitikkan ubat ke dalam telinga dan sampai ke batin telinga (bathin al-udzun) adalah membatalkan puasa. - Rongga perut
Batal puasa seseorang itu apabila dimasukkan sesuatu seperti ubat melalui lubang yang dittebuk pada perut dan sampai ke dalam perut walaupun tidak sampai ke perut panjang (al am' a'). Begitu juga jika dia menikam perutnya dengan sengaja atau oleh orang lain dengan izinnya, maka batal puasa dengan sampainya alat seperti pisau yang digunakanuntuk menikam itu. - Rongga dubur
Rongga dubur yang membatalkan puasa itu ialah apabila sampai sesuatu seperti ke tempat yang tidak wajib dicuci ketike beristinja'.
Demikian juga halnya dengan najis yang telah keluar tetapi tidak terpisah daripada dubur, apabila dikecitkan dubur tanpa ada keperluan dan najis itu masuk kembali ke dalam, maka batal puasa seseorang itu,kerana dimasukkan dengan sengaja iaitu perbuatan menarik balik yang tidak diperlukan, tetapi jika terpaksa seperti orang yang sakit buasir, maka tidaklah batal puasanya. - Rongga faraj
Adapun rongga faraj yang membatalkan puasa ialah jika masuk sesuatu yang melebihi had faraj. Had zahir faraj itu ialah apa yang nyata ketika seorang perempuan itu duduk mencangkung di atas kedua betisnya. Sebagai contoh jika dimasukkan jari atau apa-apa benda seperti kapas atau alat pencegah hamil melebihi had zahir, maka batallah puasanya. - Pundi-pundi kencing (matsanah)
Adalah batal puasa seseorang itu jika sampai sesuatu ke pundi-pundi kencing seperti ditebuk di bahagian ari-ari bagi tujuan memasukkan ubat atau alat ke pundi-pundi kencing. - Lubang tempat keluar air kencing lelaki dan lubang tempat keluar air susu (al-ihlil).
Apabila dimasukkan sesuatu benda atau menitikkan ubat ke lubang tempat keluar ai kencing atau lubang tempat keluar air susu, walaupun tidak sampai ke pundi-pundi atau tidak melebihi hasyafah atau melebihi puting susu adalah membatalkan puasa.
Maka selain daripada apa yang disebutkan di atas, tidaklah termasuk dalam apa yang disebut sebagai rongga seperti lubang bulu roma, zahir mulut, zahir telinga, zahir hidung dan mata.
Dari penjelasan yang diberikan telah menjawab beberapa kemusykilan yang ditimbulkan. Bagaimana pula dengan memakai kontek lens, bertitik mata dan pemindahan darah?. (i) Memakai kontek lens dan bertiitik mata.
Adapun mata adalah tidak termasuk dalam apa yang dikatakan rongga itu, demikian dijelaskan oleh Imam Nawawi di dalam kitabnya Raudhah at-Thalibin. Dari hal yang demikian, maka memasukkan sesuatu ke mata dengan sengaja seperti memakai kontek lens di kelopak mata ketika berpuasa itu tidak membatalkan puasa sipemakainya.
Begitu juga menitiskan air titik mata pada mata ketika berpuasa kecuali jika diyakini benda ('ain) cecair yang dititikkan itu masuk melalui lubang yang ada pada mata itu, dan sampai ke kerongkong, maka apabila benda itu ditelan, batal puasanya. Jika diludahkannya tidaklah membatalkan puasanya. Tetapi jika yang sampai ke kerongkong itu hanya rasanya bukan benda cecair itu, walaupun ditelan tidaklah membatalkan puasanya, kerana rasa itu dinamakan benda ('ain). Hal ini diqiyaskan pembicaraan ulama tentang memakai celak mata ketika berpuasa. (ii) Pemindahan darah.
Pemindahan darah itu sama ada mengeluarkan darah dari dalam badan atau memasukkan darah ke dalam badan.
Adapun hukum mengeluarkan darah dari dalam badan orang yang berpuasa, tidak membatalkan puasa seperti orang yang berbekam, kerana diriwayatkan daripada Ibnu 'Abbas Radhiallahu'anhuma beliau berkata:
Maksudnya:'' Sesungguhnya Nabi Sallallahu'Alaihi Wassalam berbekam sedang baginda seorang yang berpuasa."(Hadits riwayat Bukhari)Walaupun begitu, perbuatan berbekam ini adalah makruh bagi orang yang berpuasa kerana ditakuti akan melemahkan dirinya.Demikian juga hukum berderma darah di siang hari bulan Ramadhan bagi orang sedang berpuasa, tidaklah membatalkan puasa, hanya dihukumkan makruh sahaja, kerana perbuatan ini bukan memasukkan sesuatu ke dalam sebarang rongga tetapi sebaliknya iaitu mengeluarkan darah.Manakala memasukkan darah ke dalam tubuh badan orang yang sedang berpuasa atau penyucian darah dengan menggunakan mesin bagi orang yang mengalami sakit buah pinggang adalah membatalkan puasa, kerana darah yang dimasukkan itu akan sampai ke anggota yang boleh dipanggil rongga, seterusnya ke jantungnya dan darah itu akan diproses untuk sampai ke seluruh badan.Hal ini sama dengan menyuntikkan cecair ubat seperti air gelukos melalui urat darah bagi tujuan memberi tenaga atau lain-lain tujuan pencegahan atau kesihatan adalah membatalkan puasa, kerana dalam hal ini benda ('ain) itu pasti sampai ke perut panjangnya dan ma'idahnya iaitu tempat memproses makanan, maka sudah tentu perbuatan ini lebih utama membatalkan puasa daripada perbuatan menambah darah.Mudah-mudahan dengan panduan yang diberikan itu menambah pengetahuan dalam perkara ibadat puasa dan dapat dijadikan panduan agar kewajipan puasa itu dapat ditunaikan dengan sempurna dan akan diterima oleh Allah Subhanahu Wataala.