Informasi Terkini & Menarik

Showing posts with label lawak. Show all posts
Showing posts with label lawak. Show all posts

Trend Minggu ini: Kangkung

Manfaat kangkung kepada Manusia

Ipomoea spp atau Kangkong atau lebih dikenali sebagai Kangkung adalah sejenis sayuran yang banyak terdapat di kawasan yang basah dan lembab. Kangkung juga merupakan makanan yang sangat penting bagi rakyat Malaysia pada hari ini kerana Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan bahawa harga kangkung telah diturunkan supaya rakyat memuji kerajaan.

Kangkung juga diturunkan berikutan harga petrol dan segala barang keperluan di negara ini semakin meningkat seterusnya menyebabkan kemarahan rakyat. Menteri-menteri UMNO kebanyakannya menganggap rakyat tidak marah dan tidak ada yang komplen kerana tidak ada yang melaporkan kepada jabatan kementerian.

Dato' Seri Najib Tun Razak merupakan Perdana Menteri Malaysia yang ke-6. Sepatutnya sebagai seorang yang berpengaruh besar dan bapa negara, seharusnya tidak mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa. Kata-kata beliau hanyalah membakar lagi api kemarahan rakyat marhaen yang semakin hari semakin tersiksa dengan kos sara hidup di negara ini. Kata Dato' Seri Najib dalam ucapan beliau ""kangkung naik, ada masa dia naik, ada masa dia turun. hari ini dalam surat khabar saya baca, ada yang dah turun. kangkung dulu naik, sekaang ini dah turun. bila turun apasal tak puji keraajan?". Kata-kata beliau itu sungguh menyayat hati bagi rakyat yang miskin serta terasa seperti kangkung dicincang.

Banyak media-media internet mengambil peluang untuk menjadikan bahan jenaka berkenaan ucapan beliau itu. Sehinggakan saya yang sedang menulis ini pun terasa seperti hendak tergelak. Baiklah jangan gelak OK. Trend "kangkung" terus hangat di media-media sosial dan juga blog-blog. Kepada blogger-blogger yang inginkan trafik yang beriban-riban, dipersilakan menulis entri tentang kangkung.
Share:

Lawak tercekik tulang ikan


Nice!!!! Aku datang dari keluarga yg besar...16 adik beradik, bila sesekali berkumpul, dah tentu mak aku akan buat majlis makan besar-besar dan best-best!!! Dalam ramai2 adik beradik, bukan semua yg suka stail aku, apabila aku bawa gaya hidup 'gaya pulang ke pangkal jalan''...maka adalah yg tak kena sana sini...oh..

Masa makan, aku pun duduklah cara Nabi..(rujuk ustaz) lalu ada yg sound: 'apahal duduk macam nak berlari ajer....' 'tak baik lutut tinggi pada makanan..' ' ni duduk ke nak berak nie..?'

Oleh sebab aku lelaki beriman, maka aku buat muka seposen...aku pun basuh tangan,

Nota untuk mua'alaf: sebelum makan sunnah Nabi adalah basuh kedua2 tangan dan berkumur, insyaAllah jika korang amal nie sebelum korang mati Allah akan mempermudahkan segala urusan hutang piutang korang. 'utang kereta/ rumah/ kahwin/study/along bla bla bla!!!

Sambung balik, aku pun berpikir...ada baiknya juga Nabi tak makan pakai sudu @ garfu, kalau Nabi makan pakai sudu, susah pulak org miskin macam aku nak ikut sunnah Nabi, nak pakai sudu material apa? stainless steel ke inconnel 601? Nak pakai colour camne? matelic ke cooper? kan susah tu!!!

Tu belum lagi jika Nabi makan pakai kerusi dan meja...bentuk bulat ke bentuk heksagon?, oktagon?, nanagon? nak kena pergi Kedai perabot buat ansuran mudah! jimat ! hanya RM 1 dan tunggu 30 hari, kunjungilah kedai perabot terbesar di Malaysia, bla bla bla!!! Oh..

Biasa korang belajar doa makan macam nie: 'Allahummabariklana (hingga akhir) Tapi tu sebenarnya doa tengok makanan, doa makan mudah sajer: 'Bismillah, barkatillah'

Lepas tu makanlah, dengan tiga jari (sunnah Nabi) kemudian, ada pulak suara2 yg sound: 'Eh, kenyang ke makan dengan tiga jari? '

Aku kata: 'huh, anak cina makan dengan dua kayu elok2 habis nasi satu pinggang!!! ' Tapi oleh kerana aku sorang jer yg makan dengan tiga jari, org lain makan dengan lima jari, maka aku lihat kadar flow of suapan dan kadar quantity of lauk-pauk diorang lebih laju dan maju, maka aku menukar jariku dari 3 kepada 5...oh..tepuk dada tanya iman..

Kemudian aku minum dari tangan kanan yg tidak berbasuh... Diorang tegur: 'essh..pengotor betullah'

Aku kata: 'Apa pulak kotor, aku makan nasi, bukan tahik!!!'(tapi aku kata dalam hati sebab aku lelaki beriman) 'Nie, apahal jilat2 jari nie? lucah betul!!'-tanya diorang pada aku...

'Makan ayam sedap sampai ke kaki....makan sate sedap sampai ke lidi he he heh'-kataku.

Banyak pulak diorang komplen cara aku makan..err maksud aku cara Nabi makan... aku tahu tak berguna berdebat ngan mereka kalau aku ubah topik dengan bertanya : Tahukkah korang kenapa lembu makan rumput dan kambing makan daun? Abang aku kata: sebab tengkuk lembu berat...bla bla bla..

Aku kata: 'salah!!! lembu makan rumput dan kambing makan daun sebab mereka lapar!!!(tak lawak) ha ha ha!!!'

Aku menyambung: 'Penting makan cara Nabi sebab kita hari2 makan, tapi bila tak ikut sunnah, maka jadi macam lembu dan kambing makan sajer, namun bila korang makan macam Nabi saw makan, maka di kira ibadat...

Masa nak makan, niatlah makan kerana perintah Allah, namun kena nafikan makanan yg bagi kenyang..hakikatnya kenyang datang dari kudrat Allah. '

Tiba2 mak aku tercekik tulang ikan.. (bayangkan seorang mak cik sedang tercekik tulang) Kemudian, Mak aku mendapat nasihat secara berperingkat, ada yg sarankan agar makan pisang, minum air dengan capat, makan nasi kepal dan lain2, tapi masih tak berjaya.. kesian mak aku...

'Huh! Hamka, Takkan kau tak tahu cara sunnah Nabi nak buang tulang tercekik camne?..cakap terer..'(kata abang aku) Aku kata: 'senang sajer...Mak angkat kedua-dua tangan ke atas..'

Mak aku pun buat..tapi masih tak jadi.... Aku kata: 'lurus Mak, tangan mak dua-dua kena lurus... !!!' (bayangkan seorang makcik yg sedang duduk bersila sambil kedua-dua tangan diluruskan ke atas, tangan kanan masih terdapat sisa2 nasi, manakala di lengan dan tengkuk di penuhi dengan rantai emas..)

Aku kata: 'Sekarang sebut: SUPERMAN RETURN!!!!!! '

HA HA HA.. (semua org ketawa)-nasi berhembur-hembur di sana sini.

Mak aku juga ketawa..sehingga tulang yg tercekik itu terkeluar.. Semuanya dari Allah!!!

He he he...selamat mencuba, ni bukan hadith,,just pengalaman.

PS: sekiranya rakan korang menjadi mayat (over ketawa sehingga tulang mencucuk tengkuk) sesungguhnya penulis tidak bertanggung jawab!!! (superman pun akan jadi mayat)

Kah! Kah! Kah!

Share:

Just Wishing You Son

am hoping U became smarter, bolder, faster, stronger and more innovative than your oldman..should U feel the pride But time makes me bolder, children get older, and I'm getting older too...

Share:

Pemberita korek hidung semasa siaran berita

CHICAGO - Seorang pemberita wanita mengorek hidung di belakang seorang pembaca berita di pejabat stesen televisyen CBS di sini, Amerika Syarikat (AS), lapor sebuah akhbar semalam.

Kejadian berlaku semasa pembaca berita, Dorothy Tucker memberitahu kepada penonton mengenai pentingnya untuk memastikan pijat-pijat tidak berada di dalam rumah, baru-baru ini.

Namun, apa yang lebih menjijikkan lagi ialah pemberita wanita itu menjilat jarinya yang digunakan untuk mengorek hidung tanpa membasuh tangganya terlebih dahulu.

Pemberita wanita itu dengan selamba meneruskan tugasnya dengan menggunakan telefon seperti aksinya tidak dilihat oleh penonton.

Perbuatan pemberita itu boleh dilihat di laman web YouTube.

PEMBACA berita, Dorothy Tucker membaca berita manakala seorang pemberita wanita 
mengorek hidung di sebuah stesen CBS di Amerika Syarikat.
Share:

Ditangkap selepas mengaku rompak bank dalam Facebook

RYAN HOMSLEY mengaku di akaun Facebook miliknya bahawa 
dia merompak sebuah bank di Oregon, Amerika Syarikat.

PORTLAND, Oregon - Seorang perompak bank, Ryan Homsley yang menggelarkan dirinya sebagai 'Where's Waldo' ditangkap dua hari selepas dia mengaku melakukan jenayah itu dalam laman sosial Facebook miliknya, lapor sebuah akhbar semalam.

Nama 'Where's Waldo' diberikan kepadanya yang diambil sempena watak ciptaan pelukis British, Martin Handford itu kerana dia sebelum ini sukar ditangkap.

Pihak Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) menahan Homsley berusia 29 tahun selepas dia menulis: "Saya kini seorang perompak bank" di laman Facebook pada 22 September lalu.

Pengakuan itu ditulis hanya selepas beberapa jam dia merompak sebuah bank di Tualatin, dekat Portland, Oregon Amerika Syarikat (AS).

Homsley turut menjadikan gambarnya yang dirakamkan kamera pengawasan bank dan yang telah disiarkan media sebagai gambar profilnya di Facebook.

Satu klip video dari kamera litar tertutup (CCTV) bank tersebut menunjukkan Homsley berdiri di hadapan sebuah kaunter dengan memakai baju belang dan cermin mata tebal. Dia memberitahu kakitangan bank bahawa dia membawa sebutir bom.

Namun, satu beg dan kotak kecil yang ditinggalkannya selepas melarikan wang itu sebenarnya tidak berbahaya.

Rakan-rakan Homsley memberitahu dia menghidap diabetes dan terdesak untuk mendapatkan wang bagi membiayai kos rawatannya. Homsley di tangkap semasa dia mendapat rawatan di sebuah hospital.

Share:

BTemplates.com

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

About Us

About Us
Keep reminding, because reminding benefits the believers

Friend's Blogs

Top Commentators

SPM 2024: Peperiksaan Bermula dengan 402,956 Calon di Seluruh Negara

  Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 telah bermula pada 2 Januari 2025, melibatkan seramai 402,956 calon di seluruh negara.  Pe...

Contact Form

Name

Email *

Message *