PETALING JAYA – Mahkamah Majistret di sini diberitahu air kencing pelakon komedi popular Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff atau lebih dikenali sebagai Saiful Apek, dan tiga rakannya, disahkan positif kanabis.
Juruteknologi makmal perubatan, Israfel Ismon berkata, beliau memperoleh keputusan itu selepas melakukan ujian pengesanan dadah terhadap air kencing Saiful Apek, 42, serta Shah Zainatull Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 28; Shaiful Baharom, 24; dan Noremy Mohamad, 28.
Beliau berkata demikian ketika disoal oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Ishrakh Saad pada perbicaraan kes keempat-empat tertuduh yang didakwa memasukkan dadah jenis kanabis ke dalam badan mereka.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, di IPD Subang Jaya, Jalan LP 2A/1, Taman Putra Permai, Seri Kembangan di sini pada 11 malam, 12 Jun 2010.
Israfel, 54, yang bertugas di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, turut memaklumkan bahawa proses ujian itu mengambil masa tiga hari. – BERNAMA
Air kencing Saiful Apek, 3 rakan positif kanabis
Neelofa artis baru yang cun
Neelofa Binti Mohd Noor seorang artis Melayu yang baru naik selepas menceburi bidang lakonan dalam beberapa drama dan filem. Wajahnya yang anggun dan ayu membuatkan ramai yang meminatinya. Wataknya juga comel lemah lembut dan keanak - anakan. Itulah membuatkan ramai yang tertarik dengan artis baru ini. Apapun saya lebih suka penampilannya dengan bertudung. Nampak lebih ayu, comel dan sopan.
Beberapa gambar Neelofa bertudung yang sangat ayu dan anggun
Sekian. Terima Kasih atas lawatan anda.
Dewi Perssik buat 'adegan buka-bukaan'
BANJARMASIN - Penyanyi dangdut terkenal, Dewi Perssik tidak menghiraukan peringatan pemimpin agama supaya jangan membuat 'adegan buka-bukaan' semasa menyanyi, lapor akhbar KOMPAS.com semalam.
Dewi Perssik yang merupakan bekas isteri penyanyi dangdut, Saipul Jamiil dan pelakon Aldi Taher itu tidak segan-segan membuka baju di depan beberapa kanak-kanak yang menyaksikan persembahannya di restoran Shinta International di Banjarmasin, pada minggu lalu.
Beberapa kanak-kanak dilaporkan merakamkan aksi penyanyi itu dengan menggunakan telefon bimbit berkamera.
Dalam persembahan itu, penyanyi itu menari 'goyang gergaji.'
Pada malam persembahan itu, Dewi Perssik meminta kebenaran daripada tetamu undangan untuk membuka jaketnya kerana berasa panas.
Selepas dia menanggalkan jaketnya itu, dia hanya memakai coli berwarna hitam.
Aksinya itu dianggap tidak sesuai untuk persembahan tersebut yang turut disaksikan oleh kanak-kanak. - Agensi
Rain masuk tentera 2011
OLEH kerana terlalu banyak kontroversi yang melibatkan kemasukan selebriti ke pusat latihan ketenteraan di Korea Selatan, penyanyi dan pelakon terkenal Korea, Rain, memutuskan untuk mengumumkan tarikh penyertaannya lebih awal.
Rain mengumumkan akan menyertai latihan ketenteraan yang wajib diikuti setiap lelaki di negara itu pada tahun hadapan iaitu 2011.
Dia membuat pengumuman berkenaan pada majlis sidang media pelancaran drama terbaru lakonannya yang berjudul Fugitive yang baru sahaja ditayangkan di KBS2TV minggu lalu.
Katanya: "Saya percaya kemasukan saya ke pusat latihan ketenteraan akan berlaku pada tahun hadapan. Selepas drama ini, saya akan menjalani penggambaran filem aksi yang menyebabkan saya membuat keputusan menyertai latihan tentera tahun depan."
Drama Fugitive lakonannya itu akan menggantikan drama Baker King, Kim Tak Goo dan akan bersaing dengan dua drama hebat My Girlfriend is a Nine-Tailed Fox dan Playful Kiss yang ditayangkan di stesen televisyen yang lain untuk merebut rating penonton.
Adegan bogel Aruna lulus!
TINDAKAN bintang jelita Bollywood, Aruna Sheilds berbogel dalam filem Mr. Singh Mrs. Mehta mendapat restu kerajaan India apabila badan penapis filem negara itu telah meluluskan tayangan filem tersebut tanpa menyentuh langsung babak bogel yang membabitkan dirinya.
Beritahu Aruna: "Dalam sinema komersial India, saya fikir adalah sesuatu yang baik untuk dilihat sebagai benda yang menarik perhatian." Pada mulanya Aruna telah menolak tawaran berlakon filem itu, namun katanya selepas dia berbincang dengan pengarah filem tersebut, Pravesh Bhradwaj, tiba-tiba dia berubah fikiran.
"Saya dan Pravesh membaca skrip filem itu bersama-sama, lalu kami berbincang mengenainya dari hati ke hati dan saya memberitahunya saya sukakannya, namun merasakan saya kurang sesuai untuk watak Neera itu," ujarnya yang mengambil masa yang lama sebelum memberikan persetujuan untuk membintangi filem itu.
Mengulas mengenai babak bogel lakonannya, tegas Aruna: "Bagi saya, tiada istilah bogel sebenar dalam filem, dan sama ada mahu mengklasifikasikan Neera sebagai berbogel kerana ia sebenarnya dirakam dengan indah dan penuh stail. Saya tidak melihat ia sebagai gangguan terhadap sebarang individu yang menontonnya."
Sumber : Kosmo
Cut Tari beri keterangan kepada polis isu klip lucah
JAKARTA - Pengacara terkenal, Cut Tari bertindak mendiamkan diri apabila pihak media mengajukan soalan mengenai sesi soal siasat yang berlangsung selama 10 jam di sebuah pejabat polis di sini berhubung rakaman lucah yang melibatkan individu miripnya dan Ariel Peterpan, lapor sebuah akhbar semalam.
Cut Tari yang ditemani suaminya Johannes Joesoef Subrata kelihatan terburu-buru untuk beredar bagi menghindarkan diri daripada dikerumuni pihak media.
Tidak banyak komen yang dikeluarkan oleh pengacara itu.
"Aduh, hujan. Tolong ya, Terima kasih," katanya kepada pemberita selepas selesai menjalani sesi soal siasat dengan polis.
Ketika itu, hujan sedang turun.
Menurut akhbar itu, wajah Cut Turi kelihatan penat tetapi dia memberikan senyuman kepada pemberita.
Cut Turi dan suaminya itu memasuki sebuah kenderaan Suzuki sebelum meninggal pejabat polis tersebut.
Dia disoal siasat polis berhubung klip video yang menampilkan wajahnya dengan Ariel yang kini masih ditahan polis kerana disyaki menyebarkan klip berkenaan di Internet. - Agensi
Sumber : Kosmo























