Informasi Terkini & Menarik

Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Lumpuh Otak Selepas Memakan KFC Twister


Sydney, Jaringan terbesar restoran makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC) disaman dengan membayar ganti rugi sebanyak 8 juta dolar Australia (sekitar RM 25 juta) kepada seorang anak di Australia yang mengalami kerosakan otak parah dan lumpuh setelah memakan KFC Twister.


Monika Samaan, anak perempuan yang kini berumur 14 tahun itu, mengalami salmonella encephalopathy, seperti penyakit cedera otak yang berkait dengan keracunan makanan, setelah pengambilan menu ayam KFC Twister dari sebuah pengeluar KFC di Sydney, Australia. Kejadian itu terjadi pada Oktober 2005 lalu ketika Monika masih berumur 7 tahun.

Beberapa anggota keluarga Monika juga turut jatuh sakit setelah memakan Twister tersebut. Namun ketika itu Monika yang paling banyak memakan Twister tersebut.

Selepas itu, Monika mengalami koma. Sebelum dikejarkan ke rumah sakit, dia mengalami kekejangan. Menurut doktor yang merawatnya, Monika mengalami penurunan kemampuan kognitif dan motorik setelah memakan makanan dari KFC tersebut. Hal itulah yang membuatnya menjadi cacat.

Mahkamah Agung (MA) New South Wales hari ini seperti diberitakan AFP, Jumaat (27/4/2012) menjatuhkankan hukuman kepada KFC untuk membayar saman tersebut sebagai ganti rugi dan hukuman denda.

Dari hasil siasatan, MA membuat kesimpulan bahawa penyakit Monika memang berpunca daripada keracunan makanan setelah memakan ayam KFC. Keadaannya menjadi semakin parah karena Monika terlalu banyak memakan ayam yang dijangka tidak sehat dan sudah tercemar dengan penyakit tersebut.

Atas keputusan MA ini, keluarga Monika berasa sangat lega.

"Monika sekarang sudah besar dan mereka kini semakin sulit untuk mengangkat dia dan mengurus keperluan asasnya serta mengasuh adik-adik Monika," kata pengacara keluarga Monika, George Vlahakis.

"Saman yang dijatuhkan itu sangat diperlukan. KFC setakat ini bertekad bahawa Monika tidak akan mendapat sesen pun," cetusnya.

Dalam persidangan, Hakim Stephen Rothman juga ada menyebut adanya kelalaian oleh pekerja KFC dalam menguruskan prosedur penyajian makanan yang sehat dan berkhasiat.

Share:

Protozoa penyebab cirit-birit


CUKUP menakutkan apabila parasit halus menjadikan tubuh manusia sebagai perumah tanpa kita disedari.

Jika dahulu masyarakat sering didedahkan dengan bahaya cacing tularan tanah seperti cacing gelang, cacing cambuk, cacing kait dan cacing benang, kini jangkitan protozoa juga tidak harus dipandang ringan.

Malah, bagi mereka yang mempunyai sistem pertahanan badan yang lemah, kehadiran parasit daripada pelbagai jenis terutama protozoa menjadikan keadaan lebih serius.

Menurut Pakar Parasitologi dan Kesihatan Masyarakat Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Datin Dr. Norhayati Moktar, perkara ini bukan sesuatu yang baru dalam penyelidikan berkaitan parasit yang menjadi ancaman kepada kesihatan manusia.

“Bagi pesakit AIDS atau kanser yang sedang menjalani rawatan kimoterapi, kebarangkalian untuk dijangkiti parasit usus adalah agak tinggi,” katanya.

SELAIN usus besar, hati, limpa dan paru-paru sering menjadi perumah parasit jangkitan usus.

Protozoa pembunuh

Jelas Norhayati, infeksi protozoa terhadap golongan yang mempunyai sistem imun badan lemah dikenali melalui simptom cirit-birit berpanjangan, hilang selera makan dan turun berat badan.

Jelasnya, protozoa usus daripada jenis koksidia seperti Cryptosporidium parvum dan Isospora belli serta kumpulan mikrosporida usus menjadi penyebab utama cirit-birit berpanjangan.

Norhayati juga menjelaskan, secara amnya, infeksi parasit usus sering ditemui dalam masyarakat namun penghidapnya tidak mempunyai gejala yang jelas.

“Oleh itu, kes-kes jangkitan ini jarang dikesan di pusat kesihatan dan hospital.

“Keadaan ini amat berbeza dengan jangkitan yang disebabkan oleh bakteria atau virus seperti H1N1, di mana pesakit menunjukkan gejala,” jelasnya yang turut menyatakan infeksi ini melibatkan protozoa dan cacing tularan tanah (STH).

Hasil kajian mendapati hampir 80 peratus jangkitan usus ini menular secara senyap kerana tiada gejala khusus.

NORHAYATI MOKTAR

Ujarnya, meskipun Malaysia merupakan negara membangun, masalah jangkitan parasit usus masih membelenggu penduduk di beberapa kawasan.

Disebabkan sebaran parasit ini menular melalui makanan dan air yang tercemar dengan najis manusia, taburan penyakit lebih banyak ditemui di kalangan penduduk yang tinggal di pedalaman yang tidak mempunyai sistem pembuangan najis yang baik serta bekalan air bersih seperti air sungai.

Ganggu tumbesaran

Tambah beliau, infeksi protozoa usus terutama Giardia intestinalis boleh mengganggu tumbesaran kanak-kanak.

Jelasnya, terdapat beberapa mekanisme bagaimana parasit usus menyebabkan mulnutrisi terhadap kanak-kanak malah golongan dewasa.

“Selain mengganggu sistem penghadaman dan penyerapan makanan, pesakit juga akan mengalami ciri-birit yang kronik, muntah dan sakit di bahagian abdomen.

“Kesan-kesan ini akan menyebabkan pertumbuhan dan perkembagan fizikal dan mental kanak-kanak terbantut,” katanya.

PROTOZOA Giardia lamblia cysts di bawah mikroskop.


Dalam pada itu, kawalan dan pencegahan infeksi parasit usus mungkin memerlukan pendekatan yang baru kerana kajian terbaru membuktikan sumber infeksi protozoa spesies Giardia intestinalis bukan saja daripada manusia ke manusia tetapi melalui anjing dan roden.

“Walaupun jangkitan parasit usus ini mempunyai kadar kematian yang rendah dan jarang diperkatakan umum, kawalan dan pencegahan harus dipertingkatkan kerana ia mampu mengganggu kualiti hidup seseorang,” ujarnya.

Sumber : Kosmo
Share:

BTemplates.com

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

About Us

About Us
Keep reminding, because reminding benefits the believers

Friend's Blogs

Top Commentators

SPM 2024: Peperiksaan Bermula dengan 402,956 Calon di Seluruh Negara

  Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 telah bermula pada 2 Januari 2025, melibatkan seramai 402,956 calon di seluruh negara.  Pe...

Contact Form

Name

Email *

Message *