Informasi Terkini & Menarik

Showing posts with label laptop. Show all posts
Showing posts with label laptop. Show all posts

Tips Untuk Memaksa IDM Menjadi Full Version Tanpa Patch dan Tanpa Crack

Cara ini boleh dilakukan dengan Internet Download Manager (IDM) versi berapa pun tanpa terkecuali, Cara ini sudah dicuba dan memang berkesan. Kalau tak percaya cubalah sendiri.

Caranya adalah seperti berikut:
1. Download IDM (kalau udah ada, di uninstall) versi berapapun (di anjurkan untuk yang terbaru)

2. Nyahfungsikan(disable) Internet Connection. Ini perlu dilakukan, supaya IDMnya tidak mengganggu semasa .

3. Install IDM yang sudah di download tadi, setelah selesai IDM akan meminta Anda untuk Reboot/Restart. Ikut saja apa yang dikehendaki IDM.

4. Setelah selesai Restart , buka IDM dan pilih Registration. (Internet harus tetap dalam keadaan mati.)

5. Masukkan Nama Depan, Nama Belakang, Email Anda. masukan Serial Number berikut (Salah satu saja)

W3J5U-8U66N-D0B9M-54SLM
EC0Q6-QN7UH-5S3JB-YZMEK
GZLJY-X50S3-0S20D-NFRF9

6. Sekarang IDM akan memberitahu “Number Serial Invalid” atau “Bla bla bla..”, biarkan saja

7. Keluar dari aplikasi IDM.

8. Buka file 'host' yang berada di C:\WINDOWS\system32\drivers\etc dengan menggunakan 'Notepad'. Kalau tidak ada berarti file tersebut 'hidden'.

Untuk menampilkan file 'host' tersebut, caranya : Klik Tools > Folder Options > Pilih tab View > cari Hidden Files and Folders > klik Show Hidden Files and Folders > Apply > Ok.

9. Setelah dibuka dengan Notepad maka akan terlihat di barisan bawah ada tulisan '127.0.0.1 localhost'.

10. Tambahkan ip address berikut dibawah '127.0.0.1 localhost' yang tadi.

127.0.0.1 tonec.com
127.0.0.1 www.tonec.com
127.0.0.1 registeridm.com
127.0.0.1 www.registeridm.com
127.0.0.1 secure.registeridm.com
127.0.0.1 secure.internetdownloadmanager.com
127.0.0.1 mirror.internetdownloadmanager.com
127.0.0.1 mirror2.internetdownloadmanager.com

Fungsi dari ip di atas adalah untuk mengarahkan semua website di atas contohnya secure.registeridm.com ke localhost alias ke komputer kita sendiri.

11. Setelah selesai, Save atau Ctrl + S.

12. Buka agen IDM dan nyalakan agen IDM. Sila periksa terlebih dahulu IDM Anda supaya tiada apa-apa masalah yang tidak di ingini.

Selamat Mencuba.
Share:

berita teknologi - evolusi mikropemproses (microprocessor)


SEPANJANG memegang jawatan Pengetua Sekolah Kebangsaan Paya Bunga, Terengganu, Rohaya Ibrahim, 55, sudah masak dengan masalah kehadiran murid ke sekolah.

Bilangan pelajarnya tidak terlalu ramai, tetapi masalah tersebut saban tahun semakin meruncing. Dia menganggap, barangkali teknik pembelajaran yang membosankan menyebabkan perkara itu berlaku.

Namun, sejak kerajaan Terengganu memberikan e-book kepada pelajar di situ lama-kelamaan, Rohaya sudah melihat impaknya.

“Dahulu, terdapat pelajar yang hanya datang ke sekolah dua atau tiga hari seminggu. Kini, pelajar tersebut sudah hadir kelas setiap hari,” kata Rohaya ketika ditemui di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Rohaya berpendapat, ia mungkin disebabkan e-book lebih interaktif yang terbukti berbeza dengan teknik pembelajaran zaman dahulu.

Paling menyenangkan mengenai e-book yang menggunakan cip pemprosesan Intel itu adalah kesemua buku teks daripada darjah satu hingga enam boleh dimuatkan dalam peranti seberat 1.2 kilogram.

Para pelajar dapat mengulang kaji pelajaran pada bila-bila masa tanpa mengira sukatan yang dikehendaki. Menurut Guru Penolong Kanan Pentadbiran sekolah itu, Ahmad Suhaimi Said, e-book pelajar turut dilengkapi dengan perisian rangkaian integrasi.

“Intel Mythware E-Learning menjadikan semua e-book para pelajar sebagai satu rangkaian yang boleh dipantau oleh guru.

“Learning Management System (LMS) pula membolehkan guru memberi tugasan seperti latihan kerja rumah melalui e-mel sahaja,” terang Suhaimi.

Seperti yang diungkap oleh Pengurus Intel Malaysia, Prakash Mallya, teknologi telah mempengaruhi setiap kehidupan manusia. Perkembangan teknologi juga turut memberi kesan kepada golongan selebriti.

Penerbit rancangan TV3, Aidid Marcello Azahari menggambarkan cara bekerja dahulu sangat lambat. Apabila ada rakaman di luar negara, bahan visual hanya boleh diproses selepas tiba di tanah air.

Kini, segalanya dalam bentuk digital dan boleh diproses serta-merta di lokasi selepas penggambaran.

Dalam bidang muzik pula, deejay Vandal dari Kanada mengakui pemuzik zaman sekarang amat beruntung. Ujarnya, kini, sebuah komposisi lagu boleh digubah dalam tempoh 15 minit sahaja.

“Dengan memuat turun sebuah perisian ke dalam komputer kemudian terbit sebuah lagu. Anda hanya perlu tukar kepada format MP3 dan muat naik ke dalam iTunes.

“Dalam sekelip mata, anda boleh membuat kekayaan,” katanya.

Perubahan gaya hidup kini yang menyaksikan setiap sudut kehidupan manusia pasti berkait rapat dengan penggunaan komputer.

PENGGUNAAN komputer riba menjadi trend masyarakat hari ini.

Evolusi

Bermula pada tahun 1971, Intel memperkenalkan cip mikropemproses bergelar The 4004 yang hanya memiliki kelajuan 108 kilohertz.

Ketika itu saiznya 10 mikrometer atau 0.00001 meter dengan bilangan transistor sebanyak 2,300 buah.

Sejak itu, Intel terus-menerus mematuhi Hukum Moore dengan hampir setiap tahun memperkenalkan cip mikropemproses terbaharu dengan kenaikan kelajuan 2.2 gigahertz pada tahun lalu.

Hukum Moore adalah trend jangka panjang yang mengatakan bilangan transistor yang diletakkan dalam susunan litar boleh berganda untuk setiap dua tahun.

2 Generation Intel Core memiliki saiz hanya 32 nanometer atau 0.000000032 meter dengan bilangan transistor sebanyak 995 juta.

Pereka bentuk Unit Pemprosesan Pusat (CPU) Intel Pulau Pinang, Ko Ah Kim berkata, di Intel, mereka sentiasa berusaha membuat kajian bagi menghasilkan sebuah cip mikropemproses yang kecil dan laju.

“Semakin kecil saiz cip, semakin kehadapan teknologi yang digunakan,” ujar Ah Kim kepada pemberita Kosmo!

Ketika Intel memperkenalkan 2 Generation Intel Core kepada pasaran dunia pengkomputeran, para jurutera dan pereka sedang berhempas-pulas mereka bentuk cip mikropemproses bersaiz 22 nanometer (0.000000022 meter) pada tahun 2011.

Menjelang sinar tahun 2012 pula, pasukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) Intel sudah bertungkus-lumus mereka cip bersaiz 14 nanometer (0.000000014 meter) di makmal mereka.

Kajian cip 14 nanometer masih lagi dijalankan sehingga ia dapat direalisasi.

Intel pernah mengalami musim merudum lebih kurang lapan tahun lalu apabila pesaing mereka, Advanced Micro Devices (AMD) memiliki apa yang tiada oleh mereka iaitu kuasa.

Sejak penubuhan Intel, setiap rekaan mereka hanya memberi penumpuan pada frekuensi dan kecekapan prestasi sesebuah cip berbanding AMD yang turut fokus pada kuasa cip.

TEKNOLOGI banyak mempengaruhi perkembangan kehidupan manusia hari ini.

Buatan Malaysia

Rombakan besar-besaran dilakukan oleh pihak Intel terutama dalam pasukan R&D dengan memberi fokus pada ketiga-tiga ciri tersebut.

Hasilnya, selepas tahun 2005 Intel mampu mengeluarkan cip mikropemproses hampir setiap tahun. Selain itu, cara dan etika kerja adalah faktor penting Intel mampu melakukan perkara tersebut.

“Kami bekerja berdasarkan projek yang diberikan. Terdapat banyak pasukan dari seluruh dunia yang bersaing untuk menyiapkan sesuatu projek,” kata Ah Kim.

Tambah lelaki yang berusia 40-an itu, Intel mempraktikkan amalan perkilangan empat aliran pembuatan produk yang dilakukan dalam satu masa.

Produk dan tahap mungkin berbeza atau sama, tetapi empat aliran pembuatan mesti berjalan serentak.

Selepas 40 tahun Intel berada di Malaysia, mereka kini memiliki pekerja seramai 10,000, orang manakala 2,000 orang daripadanya termasuk dalam pasukan R&D.

Kata Pengarah Intel Architecture, Intel Malaysia, Chris Kelly, pasukan penyelidik dan pereka di Malaysia telah beroperasi mereka bentuk CPU sejak 10 tahun lalu.

Kilang Intel di Malaysia melakukan kerjasama dengan semua kilang Intel lain di seluruh dunia bagi menghasilkan cip pemprosesan berkualiti.

“Setiap produk akhir Intel di seluruh dunia ada jejak rakyat Malaysia,” kata Kelly lagi.

Share:

smartphone terbaru - toshiba portege z830 kalis air

NIPIS namun berkuasa. Model ultrabook sulung daripada Toshiba ini mampu menjadi taruhan hebat dalam saingan pasaran ultrabook tempatan.

MESKIPUN banyak model terbaharu tablet dilancarkan tetapi kapasiti dan kemampuan yang dimiliki oleh komputer riba masih lagi ditagih oleh ramai pengguna.

Toshiba baru-baru ini melancarkan sebuah Ultrabook pertama, Siri Portege Z830 yang diakui sebagai paling ringan, ternipis dan terpantas di dunia.

Memiliki berat 1.12 kilogram dengan ketebalan 15.9 milimeter, ia menggunakan pemproses Intel Core generasi kedua. Ia 20 peratus lebih ringan dan 40 peratus lebih nipis daripada model ultrabook sebelum ini iaitu siri Portege R830.

Bahan luarnya sangat ringan, tetapi sangat kukuh kerana diperbuat daripada bingkai bahan aloi magnesium. Struktur material itu diperkuat dengan rekaan sarang lebah supaya mampu menyerap hentakan dan meningkatkan ketahanan.

Papan kekunci Portege Z830 juga istimewa kerana ia kalis sebarang simbahan air. Maka, pengguna tidak perlu bimbang sekiranya secara tiba-tiba terlanggar gelas minuman mereka lalu membasahkan Ultrabook tersebut.


sorce : kosmo
Share:

BTemplates.com

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

About Us

About Us
Keep reminding, because reminding benefits the believers

Friend's Blogs

Top Commentators

SPM 2024: Peperiksaan Bermula dengan 402,956 Calon di Seluruh Negara

  Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 telah bermula pada 2 Januari 2025, melibatkan seramai 402,956 calon di seluruh negara.  Pe...

Contact Form

Name

Email *

Message *