Informasi Terkini & Menarik

Penyakit Kaki Tangan dan Mulut Atau HFMD

Baru-baru ini diumumkan Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut atau HFMD telah menular di kawasan Taman Tun Dr Ismail. Saya sendiri di klinik Idzham, telah merawat beberapa orang kanak-kanak yang menghidapinya dan telah memberikan cuti yang lama dari sekolah.

Marilah kita sama-sama berkongsi pengetahuan tentang penyakit yang pernah menjadi endemik di Sarawak dan Johor sesuatu ketika dahulu dan menyebabkan lebih 30 kematian.

Artikel tentang HFMD ini adalah dirujuk daripada garispanduan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk kes HFMD.

Definisi dan Penyebab

HMFD ialah jangkitan melalui sejenis virus dipanggil enterovirus, atau virus yang biasa terdapat di dalam usus. Contoh virus yang menjangkiti manusia ialah poliovirus, Coxsackie virus A dan B, echovirus dan enteroviruses 68-71.

HFMD boleh disebabkan oleh coxsackievirus A16, A5, A9, A10, B2, B5 and enterovirus 71. Coxsackievirus A16 (Cox A16) adalah penyebab paling biasa HFMD tetapi yang paling tidak bahaya.

HFMD disebabkan oleh enterovirus 71 (EV71) adalah lebih merbahaya dan menyebabkan kematian. Ini adalah disebabkan oleh jangkitan selaput otak (meningitis), Jangkitan otak (encephalitis), masalah jantung (myocarditis) dan jangkitan paru-paru berair.


Cara jangkitan

HFMD mudah berjangkit. Jangkitan dapat merebak daripada manusia ke manusia melalui sentuhan melalui cairan hidung dan mulut, air liur, cecair daripada lepuh tangan dan kaki, dan najis mereka yang dijangkiti. Seseorang pesakit paling mudah menjangkiti orang lain dalam waktu seminggu terkena jangkitan.

Gejala Penyakit

HFMD datang dengan tumbuh ruam dan lepuh di tangan dan tapak tangan (macam berair atau ruam merah), penggelangan tangan, kaki dan juga kawasan mulut. Kebiasaannya, hampir kesemua kes mempunyai ruam di tangan, tetapi hanya 90% sahaja kes yang mempunyai ruam di dalam mulut. Adakalanya hanya ruam di tangan sahaja yang timbul jika dijangkiti HFMD tanpa ruam2 di kawasan yang lain.

Dalam masa yang sama, pesakit boleh mendapat demam, rasa lenguh-lenguh badan, sakit kepala, jangkitan mata, sakit perut dan kadang-kadang cirit birit.

Di antara banyak virus penyebab HFMD, virus yang disebabkan oleh enterovirus 71 (EV71) adalah paling merbahaya. Demamnya adalah lebih tinggi (39 darjah ke atas) dan lebih daripada 3 hari. EV71 adalah penyebab kematian 27 orang kanak-kanak di Sarawak daripada 34 kematian pada tahun 1997.

Perkara yang perlu diberi perhatian sekiranya anak anda menghidap HFMD:-

. Demam Tinggi.
• Penat dan lemah.
• Tidak mahu makan dan kurang kencing.
• Bernafas kencang.
• Muntah-muntah.
• Nampak mengantuk, pening dan cepat marah dan menangis.
• Sawan

Perawatan HFMD.

HFMD biasanya tidak bahaya dan hilang sendiri. Kebanyakan kes tidak perlukan kemasukan ke hospital dan hanya perlu dirawat sebagai pesakit luar sahaja.

Perawatan simptomatik diperlukan oleh kebanyakan pesakit HFMD. Ini bermaksud menurunkan demam, mengurangkan kesakitan seperti sakit kepala dan sakit badan, Meningkat hidrasi pesakit dan perlukan rehat yang secukupnya. Gel kebas boleh diberikan untuk mengurangkan kesakitan ulser mulut.

ANTIBIOTIK tidak perlu digunakan di dalam kebanyakan kes.

Pesakit perlu diasingkan daripada kanak2 yang lain.

Bilakah pesakit perlu dimasukkan ke Hospital?
- Apabila pesakit tidak boleh makan dan minum dan perlu dimasukkan air melalui salur darah
- Kelihatan lemah dan teruk, kelihatan toksik
- Jika demam tidak berkurang dan tinggi (38 dan 39 darjah sentiasa) lebih daripada 4 hari
- Bila doktor menjangka terdapat jangkitan kepada kawasan otak menyebabkan kanak-kanak meracau, serangan sawan, kepenatan melampau, tidak peka terhadap persekitaran.
- Bila terdapat masalah jantung seperti gangguan bunyi jantung, tekanan darah rendah.

Masih TIADA vaksinasi untuk penyakit ini pada waktu ini.

Elakkan Jangkitan!

Adalah penting untuk anda membasuh tangan dengan menggunakan sabun setiap kali anda menukar lampin anak-anak yang terkena HFMD.

Anda juga boleh menggunakan air dan sabun (ada yang cadangkan menggunakan Clorox) untuk membersihkan lantai, mainan, pakaian dan lampin yang terkena najis atau air liur mereka.

Jangan bawa anak anda ke tempat terbuka seperti kolam renang atau kompleks membeli belah. Sekolah dan nurseri juga perlu dielakkan untuk mengelakkan jangkitan merebak.

Jangan Panik

Sekiranya andak anda terkena jangkitan, usah panik. Kebanyak HFMD tidak merbahaya dan pulih sendiri. Apatah lagi sekiranya anak-anak anda tiada demam, selera makan adalah biasa dan nampak ceria sahaja walaupun terdapat ruam di mulut dan tangan.

Dapatkan nasihat doktor di klinik yang berhampiran dan elakkan jangkitan kepada anak-anak yang lain.

Share:

Tutorial Nak Ganti Logo Blogger - Fav Icon

Bagaimana nak gantikan logo blogger kat tepi ruang URL tu atau lebih dikenali sebagai Fav Icon seperti gambar dibawah :

klik pada gambar untuk melihat dengan lebih jelas

Mula - mula masuk laman web ini htmlkit.com. Selepas itu klik "choose file" untuk memilih gambar yang ingin dimuat naikkan.


Kemudian klik "Generate FavIcon.ico" untuk mula muat naik gambar tersebut.


Klik "customize" untuk mengubahsuai favicon anda. Anda boleh try buat macam saya seperti dalam kotak merah tu, atau ikut suka hati anda lah nak ubah macam mana pun. Ikut selera masing-masing lah.

Sekiranya anda nak tambah gambar untuk jadikan gambar bergerak tu macam yang saya punya blog ni, klik "choose file" dan pilih gambar mana yang anda hendak muatnaik dan klik "Add Another Image".


Tambah la berapa gambar yang anda hendak dengan mengulangi klik "choose file" tu dan klik "add another image" tu.


Setiap Gambar yang anda muatnaik tadi ade nombor-nombornya. Anda bolehlah susun pada kotak bawah tu dan tulis la apa-apa yang anda nak. Seperti contoh berikut: {PIC1}{PIC2}{PIC3}{PIC4}{PIC5}Rain Garden.

Kalau nak bagi nampak lagi cantik, pastikan anda dekat-dekatkan gambar tersebut dengan membuang jarak-jarak di antara ini -> {PIC1} {PIC2} kepada ini -> {PIC1}{PIC2}.

Pastu tekan "OK" kat tepi tu. Dan tunggu page tu loading abis.

Anda boleh ubahsuai lagi macam-macam lagi kat bawah tu ikut macam mana yang anda sukalah.

Kemudian, muatturun Icon tersebut


Muat turun kedua-dua fail sekali dan save ke PC anda.

Kemudian masuk ke laman web image hosting ni hostanypic.com untuk host gambar .ico


Pastu pilih fail favicon.ico yang dimuatturun tadi. Dan muatnaik dengan klik "Host It".


Kemudian pergi ke blog anda dan login - Design - Edit HTML - kemudian pastekan link tadi pada kod dibawah :


<link href='http://www.hostanypic.com/show.php/10558_kierinz.ico' rel='shortcut icon' type='image/x-icon'/>

<link href='http://img717.imageshack.us/img717/3275/kierinz1.gif' rel='icon' type='image/gif'/>

Copy link http://www.hostanypic.com/show.php/10558_kierinz.ico dan paste pada tempat yang dihighlight dengan warna kuning tu dan Copy  link http://img717.imageshack.us/img717/3275/kierinz1.gif
Untuk gambar .gif tu pulak iaitu untuk gambar bergerak anda bolehlah muatnaik fail tersebut di imageshack seperti biasa dan copy direct url tersebut dan paste pada tempat yang dihighlight dengan warna hijau tu.

Untuk letak code tu pulak login ke blogger.com dan klik design kemudian klik edit HTML, tick pada “expand widget template” dan tekan CTRL+F untuk mencari

Contoh 1 boleh letak di antara </head> dan <body>:

</head>

<link href='http://www.hostanypic.com/show.php/10558_kierinz.ico' rel='shortcut icon' type='image/x-icon'/>

<link href='http://img717.imageshack.us/img717/3275/kierinz1.gif' rel='icon' type='image/gif'/>

<body bla bla bla>



Atau boleh letak code selepas <body>, contoh:



<body bla bla bla >

<link href='http://www.hostanypic.com/show.php/10558_kierinz.ico' rel='shortcut icon' type='image/x-icon'/>

<link href='http://img717.imageshack.us/img717/3275/kierinz1.gif' rel='icon' type='image/gif'/>




TAMAT

Share:

Kord Gitar dan Tuner




Tune your old guitar :




Share:

Kelab wanita langgan pelacur lelaki

GAMBAR yang disiarkan akhbar Bangkok Post semalam menunjukkan Surawong 
Road yang menempatkan sebuah kelab untuk wanita melanggan teman sosial 
lelaki yang menawarkan perkhidmatan seks di Bangkok.

BANGKOK - Terdapat lebih sepuluh buah kelab di sekitar Bangkok yang menawarkan perkhidmatan melanggan pelacur lelaki untuk wanita, lapor sebuah akhbar semalam.

Menurut akhbar itu, ramai orang tidak mengetahui bahawa terdapat perkhidmatan khas untuk wanita melanggan teman sosial lelaki di sejumlah kecil kelab malam di sini.

Kelab-kelab itu menyediakan teman sosial lelaki yang tampan, berpendidikan dan berpakaian kemas untuk golongan tersebut.

Akhbar Bangkok Post dalam laporan itu menyatakan, seramai empat penyelidik menyamar sebagai pelanggan untuk meneroka kehidupan pelacur lelaki di empat buah kelab malam.

Kelab-kelab itu mempunyai kawalan keselamatan yang ketat manakala pihak pengurusan menyimpan perasaan curiga terhadap pelanggan-pelanggan baru.

Di kelab-kelab itu, terdapat dasar tidak membenarkan gambar dirakamkan sehingga ada ketikanya situasi tegang berlaku kerana pengawal-pengawal keselamatan cuba untuk menghalang pelanggan merakamkan gambar.

Penyelidik-penyelidik itu juga dipujuk oleh pelayan dan kakitangan keselamatan supaya terus memesan minuman yang mahal ketika mendapati mereka cuba meninggalkan kelab berkenaan.

Beberapa wanita yang menjadi pelanggan menyatakan mereka seronok dan berasa gembira kerana diberikan perhatian oleh lelaki-lelaki muda.

Wanita-wanita itu tidak kisah jika suami mereka mempunyai wanita simpanan dan tidak sepatutnya berasa bersalah atau malu.

Beberapa pengurus menyatakan pelanggan-pelanggan mereka terdiri daripada wanita Thai yang kaya termasuk seorang penyanyi terkenal selain wanita asing dengan majoritinya dari Jepun.

Namun, terdapat sebuah kelab yang juga menawarkan perkhidmatan untuk pelanggan lelaki selain wanita yang terletak di sebatang jalan di tepi Surawong Road dekat Patpong.

Di kelab itu, seramai 40 orang lelaki yang menawarkan perkhidmatan seks dan mereka menari serta melakukan persembahan erotik.

Kelab itu mempunyai 30 buah meja dengan pentas terletak di bahagian tengah manakala lampu disuramkan semasa persembahan seks dan bunyi muzik yang kuat.

Kakitangan-kakitangan kelab itu termasuk pelayan mengamalkan kaedah mendesak apabila duduk bersama pelanggan supaya mereka boleh menempah minuman.

Satu minuman alkohol ditawarkan pada harga 300 baht (RM29.88) dan 240 baht (RM23.91) untuk satu minuman ringan.

Kelab itu popular di kalangan wanita Asia dan Thailand terutamanya Jepun yang merupakan tetamu paling kerap.

Kebanyakan pelanggan yang ditemui menyatakan mereka telah berkahwin.

Wanita-wanita itu menyatakan bosan dengan suami masing-masing yang selalu keletihan dan mengabaikan mereka.

Pelacur lelaki yang ditawarkan untuk pelanggan wanita itu berumur dari 16 tahun sehingga lewat 30-an dengan ramai berasal dari timur laut Thailand.

Ramai pelacur itu mempunyai tatu dan sebahagian kecil sahaja yang boleh bertutur dalam bahasa Inggeris.

Pelacur-pelacur lelaki itu kerap mendedahkan kemaluan mereka dengan sebahagian mereka memakai kondom semasa di atas pentas atau semasa mendekati pelanggan wanita di meja.

Sejurus selepas memasuki kelab, empat penyelidik yang menyamar itu didekati oleh seorang pengurus lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Mr. Kai.

Dia cuba untuk memperkenalkan pasukan penyelidik itu kepada beberapa lelaki yang datang ke meja mereka dengan mendedahkan alat sulit masing-masing.

Penyelidik-penyelidik itu cuba mengelak untuk melanggan lelaki tersebut dengan menyatakan mereka sedang mencari seorang lelaki untuk rakan warga asing yang malu dan tidak mahu datang ke kelab berkenaan.

"Jika dia malu dan tidak mahu datang ke sini, dia boleh menelefon saya dan saya akan memberikan gambaran mengenai lelaki tersebut seperi umur, warna kulit," kata Mr. Kai.

"Dia (pelacur lelaki) itu boleh menemui wanita itu di mana-mana lokasi yang dia suka," tambahnya.

Menurut pengurus itu, wanita-wanita Eropah suka keluar dengan lelaki yang berkulit gelap.

Lelaki-lelaki berkulit gelap itu mempunyai bilangan yang kecil di kelab berkenaan manakala wanita Asia suka lelaki berkulit cerah, katanya.

Pengurus itu memberi kad bisnesnya dengan nombor telefon bimbitnya.

"Selepas Mr. Kai meninggalkan kami, sejumlah lelaki yang pada mulanya menggayakan tubuh mereka di atas pentas dan bermain mata dengan kami, mula datang ke meja kami seorang demi seorang dengan cuba untuk mendapatkan perhatian kami dengan mereka cuma memakai kondom," kata seorang daripada empat penyelidik itu.

"Ramai daripada mereka berkata: "Adakah anda mahukan saya? Saya suka untuk keluar dengan awak. Saya boleh melakukan apa sahaja untuk awak. Lelaki-lelaki itu cuba untuk menarik tangan kami. Saya memberikan mereka 100 baht (RM9.96) setiap seorang supaya mereka beredar," kata seorang penyelidik itu.

Menurut akhbar itu, untuk membawa keluar seorang pelacur lelaki di kelab tersebut, yuran bar sebanyak 400 baht (RM39.85) perlu dibayar dan 1,500 baht (RM149.44) lagi untuk seks bagi tempoh yang singkat.

Penyelidik-penyelidik itu kemudian pergi ke sebuah kelab lain dan terdapat 60 lelaki berumur antara 22 tahun dan 30 tahun bekerja di situ. Pelacur-pelacur lelaki itu kelihatan lebih tampan dan lebih bersopan daripada kelab yang pertama.

Di kelab itu, pelacur-pelacur lelaki itu memakai seluar ketat umpama seluar dalam semasa menari atau melakukan persembahan di atas pentas.

Pengurus kelab itu yang hanya dikenali sebagai Mr. Moo berkata, kelab berkenaan dimiliki oleh seorang pegawai kerajaan.

Katanya, isteri pegawai kerajaan itu mengendalikan kelab tersebut.

Dia mendakwa kelab itu sebagai yang terbaik di Bangkok dengan beberapa selebriti, model, aktres dan penyanyi datang untuk melanggan lelaki.

"Kami juga mempunyai pelanggan wanita dari beberapa negara Asia seperti Singapura, Jepun, Korea Selatan dan dari beberapa buah negara Eropah. Wanita warga asing datang ke sini dalam jumlah yang besar berbanding wanita Thai," katanya.

Hiasan dalaman kelab itu lebih menarik berbanding kelab yang pertama dikunjungi manakala pelayan-pelayannya tidak bersifat pendesak. Ramai lelaki yang bekerja di kelab itu dikatakan pelajar dan penganggur.

Yuran bar ialah 400 baht (RM39.85) dan lelaki-lelaki yang bekerja di kelab tersebut pada kebiasaannya meminta 2,000 baht (RM199.25).

Menurut cerita beberapa lelaki, sebahagian rakan pekerja mereka dibelikan pakaian, diberikan wang dan rumah sewa dibayar oleh wanita yang menjadi pelanggan mereka.

Pengurus kelab itu mengetahui susuk tubuh setiap pelacur lelaki termasuk ukuran panjang kemaluan mereka.

Salah sebuah kelab yang paling popular ialah yang terletak di tingkat 18 di sebuah pejabat di Asoke Road,

Kelab itu tidak mempunyai nama dan ia tidak diiklankan.

Tidak ada persembahan seks tetapi terdapat tarian pelacur lelaki.

Teman-teman sosial lelaki di kelab ketiga ini tampan dan mereka memakai sut serta tali leher.

Kelab itu penuh dengan pelanggan selepas pukul 2 pagi terutamanya pada hujung minggu dan ia ditutup pada pukul 5 pagi.

Hiasan dalaman kelab itu kelihatan mewah.

Seorang penyelidik berkata, ramai pelanggan berumur antara 20 tahun dan 30 tahun tetapi kadang-kala ada yang berumur hampir 50 tahun. "Kami melihat beberapa wanita cantik dan muda dihiburkan oleh beberapa lelaki. Wanita-wanita berpendapatan tinggi sahaja yang pergi ke kelab ini kerana ia amat mahal," kata seorang penyelidik.

"Kelab itu telah dibuka selama empat tahaun dan dikenali di kalangan ramai wanita terkenal dan kaya," tambahnya.

"Hos-hos kelab itu melayan pelanggan dengan tarian, bermain permainan dan berbual.

"Tidak ada sentuhan tetapi bercium dibenarkan," katanya.

Menurut penyelidik itu, ramai pelanggan tiba selepas pukul 2 pagi.

Katanya, terdapat wanita Thailand dan sebahagiannya dari Jepun, Korea dan Singapura.

Menurutnya, semua wanita kelihatan menarik dan berpakaian kemas.

"Lelaki-lelaki yang duduk bersama kami tidak menawarkan seks secara terbuka. Namun, jika anda mahu mengambil seorang lelaki untuk apa sahaja tujuan, yuran bar ialah 1,500 baht (RM149.44). Untuk tujuan seks, wanita-wanita itu perlu membincangkan harga dengan lelaki tersebut," kata seorang penyelidik.

Kelab terakhir yang dikunjungi oleh empat penyelidik itu terletak di Ratchadaphisek Road yang dibuka sehingga awal pagi.

"Pelanggan-pelanggan kelab itu termasuk pelacur kelas tinggi, model, aktres serta penghibur wanita yang menjadi teman lelaki sambilan," kata seorang lelaki, Mr. Suporn yang menyatakan dia ialah pengurus perhubungan awam kelab berkenaan.

Seorang wanita yang menjadi pelanggan kelab itu berkata: "Suami saya mempunyai seorang 'isteri simpanan' jadi, kenapakah saya tidak boleh memiliki seorang suami simpanan?" Seorang pelanggan yang dikenali sebagai Miss Pu yang berumur 38 tahun dan seorang ahli perniagaan berkata, dia mengetahui mengenai kelab yang menawarkan pelacur lelaki daripada seorang rakan.

Menurutnya, sebelum ini dia pernah mendengar terdapat sebuah kelab di Jepun yang menawarkan lelaki kacak untuk menghiburkan wanita.

Menurutnya, terdapat ramai lelaki kacak, peramah dan menghiburkan di kelab tersebut.

"Saya berasa seperti istimewa berada dengan mereka kerana teman-teman sosial lelaki itu memberi banyak perhatian kepada saya dan mereka lebih baik daripada kekasih lelaki saya sebelum ini termasuk yang saya miliki sekarang ini," katanya.

Thailand memang terkenal dengan kehidupan malamnya tetapi baru-baru ini industri pelancongannya terjejas disebabkan oleh tunjuk perasaan antikerajaan pada April dan Mei lalu.

Imej negara itu sebagai 'Tanah Senyuman" terjejas selepas ribuan penunjuk perasaan antikerajaan menduduki daerah beli-belah dan hotel di tengah Bangkok pada April dan Mei lepas dengan menyebabkan 90 orang terbunuh manakala 1,885 lagi cedera.


Sumber : Kosmo
Share:

Guru rogol murid ditahan polis

KUALA LUMPUR - Seorang guru tuisyen di Rawang dekat sini ditahan polis semalam kerana dipercayai merogol seorang pelajar perempuan berumur 16 tahun dalam dua kejadian baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, suspek berumur 22 tahun dan masih bujang itu ditahan hingga Rabu ini untuk membantu siasatan.

Katanya, penahanan ke atas guru lelaki itu dibuat ekoran laporan yang dibuat bapa mangsa di Balai Polis Rawang pada 21 Jun lalu.

"Siasatan awal mendapati, mangsa dan suspek mempunyai hubungan sebagai pasangan kekasih," katanya ketika dihubungi semalam.

Menurut Abdul Rahim, pihaknya difahamkan, mangsa kini telah berpindah ke sekolah lain.

Dalam laporan polis yang diterima pada 21 Jun lalu, mangsa dikatakan pertama kali melakukan hubungan seks bersama lelaki terbabit di rumah suspek di Taman Garing Utama, Rawang, pada April lalu.

Kejadian kedua dilaporkan pada 18 Jun lalu sebelum mengadu kepada ibu bapanya yang kemudian membawa mangsa ke Hospital Selayang untuk membuat pemeriksaan.

Dalam pada itu, ibu mangsa yang merupakan guru disiplin di sekolah lain dikatakan mahu menarik semula laporan yang dibuat kerana malu.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol.

Share:

Suami tangkap isteri curang

DUA anggota JAIP menahan seorang wanita yang didapati 
berdua-duaan dengan pasangannya di Kuantan semalam.

KUANTAN - Hati suami mana yang tidak remuk apabila melihat isteri yang dikahwini sejak lima tahun lalu didakwa melakukan perbuatan sumbang dengan lelaki lain hingga memaksanya memasang perangkap dengan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) kelmarin.

Ternyata, perangkap yang dipasang lelaki dikenali sebagai Muhammad, 30-an mengena apabila mendapati isterinya itu sedang bercumbu mesra dengan lelaki seusia dengannya pada pukul 3 petang di dalam sebuah bilik sewa di atas sebuah restoran di Jalan Dato Lim Hoe Lek di sini.

Wanita berusia 33 tahun yang merupakan ibu kepada empat orang anak itu mula berubah sikap sejak sebulan lalu hingga mendorong suaminya melakukan intipan selepas tidak tahan dengan cakap-cakap orang mengenai kecurangan yang dilakukan isterinya.
Share:

Lelaki 90 tahun rogol empat beradik

KARL JOSEPH KRAUS (tengah) diiringi oleh beberapa anggota polis selepas ditangkap di Chiang Mai kelmarin.

BANGKOK - Seorang lelaki Australia berumur 90 tahun, Karl Joseph Kraus ditangkap dan didakwa merogol empat beradik perempuan di bawah umur di utara Thailand dengan menggunakan coklat import dan belajar bahasa Inggeris di rumahnya sebagai umpan untuk memerangkap mereka, kata polis semalam.

Dia ditangkap kelmarin di rumahnya dekat bandar Chiang Mai.

Menurut Ketua Polis Doi Saket, Kritapol Yeesakorn, polis turut merampas kira-kira 100 gambar bogel kanak-kanak.

Dia berkata, beberapa gambar menunjukkan Kraus bergambar bogel dengan sejumlah kanak-kanak dan polis kini sedang berusaha untuk mengenal pasti identiti kanak-kanak berkenaan.

Ketua polis itu berkata, Kraus yang tinggal di Thailand lebih sedekad lalu memujuk keluarga budak perempuan itu pada 2008 dengan menawarkan pembelajaran bahasa Inggeris.

"Dia (Kraus) akan mengumpan budak perempuan itu ke rumahnya dengan gula-gula, terutamanya coklat dari luar negara yang mahal dan meminta mereka melakukan perlakuan seks dengannya," kata Kritapol.

Menurutnya, baru-baru ini, Kraus memberi wang kepada kakak sulung empat beradik itu sebanyak 4,000 baht (RM400) bagi menggantikan gula-gula.

Ibu bapa empat beradik itu mengetahui perbuatan terkutuk tersebut selepas mendapati anak-anak mereka tidak berminat untuk keluar bermain di luar rumah.

Selepas ditanya, empat anak mereka itu yang berumur tujuh, 11 dan 12 tahun memberitahu perbuatan buruk Kraus menyebabkan satu aduan polis dibuat. - Agensi

Sumber : Kosmo
Share:

Adegan bogel Aruna lulus!

Aruna Sheilds

TINDAKAN bintang jelita Bollywood, Aruna Sheilds berbogel dalam filem Mr. Singh Mrs. Mehta mendapat restu kerajaan India apabila badan penapis filem negara itu telah meluluskan tayangan filem tersebut tanpa menyentuh langsung babak bogel yang membabitkan dirinya.

Beritahu Aruna: "Dalam sinema komersial India, saya fikir adalah sesuatu yang baik untuk dilihat sebagai benda yang menarik perhatian." Pada mulanya Aruna telah menolak tawaran berlakon filem itu, namun katanya selepas dia berbincang dengan pengarah filem tersebut, Pravesh Bhradwaj, tiba-tiba dia berubah fikiran.

"Saya dan Pravesh membaca skrip filem itu bersama-sama, lalu kami berbincang mengenainya dari hati ke hati dan saya memberitahunya saya sukakannya, namun merasakan saya kurang sesuai untuk watak Neera itu," ujarnya yang mengambil masa yang lama sebelum memberikan persetujuan untuk membintangi filem itu.

Mengulas mengenai babak bogel lakonannya, tegas Aruna: "Bagi saya, tiada istilah bogel sebenar dalam filem, dan sama ada mahu mengklasifikasikan Neera sebagai berbogel kerana ia sebenarnya dirakam dengan indah dan penuh stail. Saya tidak melihat ia sebagai gangguan terhadap sebarang individu yang menontonnya."

Sumber : Kosmo
Share:

Popia Nestum : Google Search



klik pada gambar untuk melihat dengan lebih jelas


Alhamdulillah.. Blog popia nestum saya sudah berada dalam google search page ke-3. Saya harap lepas ni page ini berada di page depan sekali dalam google search. Barulah senang orang jumpa dan makin lakulah popia nestum saya.

Rahsia google search.

Gune domain sendiri lebih mudah untuk up traffic dan mandapat tempat dalam google saerch.

Iklankan link laman web atau blog anda di mana-mana laman web atau blog-blog yang popular yang mana ada traffic yang tinggi. Contohnya : Letak link pada komen atau pada kotak chat atau exchange link. Boleh jugak letak link anda pada facebook, friendster, myspace, twitter dan laman sosial yang lain. Letak saja link anda mana-mana yang boleh orang senang nampak dan rasa nak klik.

Ada macam-macam cara lagi yang orang buat, antaranya mengiklankan dalam google adwords, blogger.com dan sebangainya. Kalau rasa banyak duit, buatlah iklan berbayar, lagi mudah untuk up traffic laman web atau blog anda.

Setakat ini saja tips-tips yang saya ada untuk dikongsikan bersama anda. Sekiranya anda ada tips-tips yang lebih menarik bolehlah berikan komen atau post-kan entry baru dan bagi link anda pada saya.
Share:

BTemplates.com

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

About Us

About Us
Keep reminding, because reminding benefits the believers

Friend's Blogs

Top Commentators

SPM 2024: Peperiksaan Bermula dengan 402,956 Calon di Seluruh Negara

  Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 telah bermula pada 2 Januari 2025, melibatkan seramai 402,956 calon di seluruh negara.  Pe...

Contact Form

Name

Email *

Message *