Air kencing Saiful Apek, 3 rakan positif kanabis

PETALING JAYA – Mahkamah Majistret di sini diberitahu air kencing pelakon komedi popular Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff atau lebih dikenali sebagai Saiful Apek, dan tiga rakannya, disahkan positif kanabis.

Juruteknologi makmal perubatan, Israfel Ismon berkata, beliau memperoleh keputusan itu selepas melakukan ujian pengesanan dadah terhadap air kencing Saiful Apek, 42, serta Shah Zainatull Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 28; Shaiful Baharom, 24; dan Noremy Mohamad, 28.

Beliau berkata demikian ketika disoal oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Ishrakh Saad pada perbicaraan kes keempat-empat tertuduh yang didakwa memasukkan dadah jenis kanabis ke dalam badan mereka.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, di IPD Subang Jaya, Jalan LP 2A/1, Taman Putra Permai, Seri Kembangan di sini pada 11 malam, 12 Jun 2010.

Israfel, 54, yang bertugas di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, turut memaklumkan bahawa proses ujian itu mengambil masa tiga hari. – BERNAMA

2 Comments

Please leave your ideas here

  1. adehhh.. tak abih ler derang nih :(

    ReplyDelete
  2. apek hanya ada cerita yang stereotaip ini ja..lepas 2 lawak dia yang "pandai" 2..heheh ini ja dia punya cerita..heheh..

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post