Informasi Terkini & Menarik

Lumpuh Otak Selepas Memakan KFC Twister


Sydney, Jaringan terbesar restoran makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC) disaman dengan membayar ganti rugi sebanyak 8 juta dolar Australia (sekitar RM 25 juta) kepada seorang anak di Australia yang mengalami kerosakan otak parah dan lumpuh setelah memakan KFC Twister.


Monika Samaan, anak perempuan yang kini berumur 14 tahun itu, mengalami salmonella encephalopathy, seperti penyakit cedera otak yang berkait dengan keracunan makanan, setelah pengambilan menu ayam KFC Twister dari sebuah pengeluar KFC di Sydney, Australia. Kejadian itu terjadi pada Oktober 2005 lalu ketika Monika masih berumur 7 tahun.

Beberapa anggota keluarga Monika juga turut jatuh sakit setelah memakan Twister tersebut. Namun ketika itu Monika yang paling banyak memakan Twister tersebut.

Selepas itu, Monika mengalami koma. Sebelum dikejarkan ke rumah sakit, dia mengalami kekejangan. Menurut doktor yang merawatnya, Monika mengalami penurunan kemampuan kognitif dan motorik setelah memakan makanan dari KFC tersebut. Hal itulah yang membuatnya menjadi cacat.

Mahkamah Agung (MA) New South Wales hari ini seperti diberitakan AFP, Jumaat (27/4/2012) menjatuhkankan hukuman kepada KFC untuk membayar saman tersebut sebagai ganti rugi dan hukuman denda.

Dari hasil siasatan, MA membuat kesimpulan bahawa penyakit Monika memang berpunca daripada keracunan makanan setelah memakan ayam KFC. Keadaannya menjadi semakin parah karena Monika terlalu banyak memakan ayam yang dijangka tidak sehat dan sudah tercemar dengan penyakit tersebut.

Atas keputusan MA ini, keluarga Monika berasa sangat lega.

"Monika sekarang sudah besar dan mereka kini semakin sulit untuk mengangkat dia dan mengurus keperluan asasnya serta mengasuh adik-adik Monika," kata pengacara keluarga Monika, George Vlahakis.

"Saman yang dijatuhkan itu sangat diperlukan. KFC setakat ini bertekad bahawa Monika tidak akan mendapat sesen pun," cetusnya.

Dalam persidangan, Hakim Stephen Rothman juga ada menyebut adanya kelalaian oleh pekerja KFC dalam menguruskan prosedur penyajian makanan yang sehat dan berkhasiat.

Share:

18 Sebab Jin Merasuk Manusia

WANITA suka bersolek dan gemar berpakaian mendedahkan aurat sasaran utama golongan jin untuk dipikat.

Salah seorang imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor, Ustaz Ahmad Dasuki Abd Rani berkata, dalam setiap tubuh manusia ada jin dan makhluk halus itu sentiasa berusaha mempengaruhi kita mengikut telunjuk mereka.

Pendakwah bebas lulusan Universiti Al-Azhar itu berkata, ramai manusia tidak menyedari tindak-tanduk mereka sentiasa menjadi perhatian jin.

Jin sebenarnya suka memikat manusia, terutama wanita yang suka bersolek dan gemar berpakaian mendedah aurat,” katanya ketika membentangkan kertas kerja berkaitan peranan jin di Masjid Kota Damansara, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Menurut Ustaz Dasuki lagi, jin tidak akan datang mengacau seseorang itu melainkan ia sudah terpikat.

“Bila sudah berkenan, jin akan berusaha memasuki tubuh orang yang dia suka dan terus bersarang di dalamnya,?tambahnya.

Lazimnya, kata beliau, jin memilih manusia yang lemah semangat dan tidak mempunyai pendinding diri untuk dipikat.

“Manusia yang sudah lupa Allah dan menjauhi Al Quran tidak lagi mempunyai pendinding diri dan sebab itu mudah dipengaruhi jin,” tambahnya. Manurut Ustaz Dasuki lagi, jin menyusup masuk ke dalam tubuh manusia dengan berbagai cara, antaranya diminta manusia sendiri sama ada sedar atau tidak. Lebih malang lagi, katanya, manusia sendiri menggunakan khidmat jin sebagai khadamnya untuk melakukan pengkhianatan kepada orang lain.

Ustaz Dasuki menyatakan 18 sebab jin merasuk manusia, iaitu:

1. Apabila manusia meringankan solat dan tidak mentaati perintah Allah.
2. Terdapat alat muzik atau alat melalaikan didalam rumah
3. Meninggikan suara dalam bilik air
4. Menangis dan merintih sebelum tidur
5. Membuang air panas ke dalam bilik air
6. Melompat tinggi tanpa membaca Bismillah
7. Memasuki tempat gelap yang ditinggalkan
8. Perasaan terlalu takut dan terlampau gembira, seperti ketawa berlebihan
9. Selalu bertengkar suami isteri
10. Terlampau marah
11. Mengikut hawa nafsu
12. Terdapat gambar lukisan manusia dan anjing di dalam rumah
13. Terdapat lambang salib pada lantai, sejadah atau langsir
14. Menghadiri majlis yang melekakan tanpa menyebut kalimah Allah
15. Perempuan suka bersolek
16. Berlaku sihir perjanjian di antara jin dan tukang sihir
17. Jin jatuh cinta pada manusia
18. Suka membaca buku cerita hantu dan buku berunsur sihir.

Beliau juga memberikan beberapa tanda manusia dirasuk jin, antaranya sukar tidur malam, hati berdebar-debar terutama pada waktu senja atau perasaan resah tidak menentu.

Mimpi berulang mengenai perkara yang menakutkan seperti melihat anjing hitam, kucing, ular, manusia pelik, dibawa ke kubur atau diusung ke tempat mengerikan juga dikaitkan dengan gangguan jin.

Selesema berpanjangan juga dikaitkan dengan gangguan makhluk halus selain malas berzikir dan solat,?katanya.

Selain itu, manusia dirasuk jin merasa sakit pada sesetengah anggotanya tapi sukar dikesan oleh doktor.

Lain lain tanda ialah pening berpanjangan terutama pada waktu senja, otak lemah, tidak sedar diri serta telinga berdesing atau mendengar kata-kata suruhan tertentu.

Share:

Tsunami kembali melanda

Mari fikir sejenak & ambil iktibar dgn ayat2 amaran dari Allah SWT ini:

TSUNAMI ALERT :

1. Jam 9.11pm - tsunami dijangka melanda GEORGETOWN, Pulau Pinang

2. Jam 2.10am - di pantai Port Dickson

3. Jam 7.51am esok - di Singapura...........

Dari Ayat2 Allah SWT dlm AlQur'an......

9:11 - Oleh itu, jika mereka bertaubat (dari kekufuran), dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat, maka mereka itu adalah saudara kamu yang seugama; dan Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui.

2:10 - Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).

7:51 - (Tuhan berfirman: Orang-orang kafir itu ialah) orang-orang yang menjadikan perkara-perkara ugama mereka sebagai hiburan yang melalaikan dan permainan, dan orang-orang yang telah terpedaya dengan kehidupan dunia (segala kemewahannya dan kelazatannya). Oleh itu, pada hari ini (hari kiamat), Kami lupakan (tidak hiraukan) mereka sebagaimana mereka telah lupa (tidak hiraukan persiapan-persipan untuk) menemui hari mereka ini, dan juga kerana mereka selalu mengingkari ayat-ayat keterangan Kami.

SEBAGAI PERINGATAN TENTANG KEALPAAN KITA....WALLAHU'ALAM.

Share:

Just Wishing You Son

am hoping U became smarter, bolder, faster, stronger and more innovative than your oldman..should U feel the pride But time makes me bolder, children get older, and I'm getting older too...

Share:

Tutorial : Chat Fibox seperti Facebook Chat

Ada orang request tutorial chat fibox macam facebook seperti dalam blog aku ni. So aku buat gini dah ler kan. Aku ni tak pandai nak karang panjang - panjang. Makan pun belum lagi ni. Siap japgi gi makan. hehe. Okay..

Dibawah adalah code chat fibox smell like facebook. Anda hanya perlu COPY atau dalam bM salin dan pastekan pada widget HTML/Javascript dalam blog anda. Ada juga orang yang tak tahu dekat mana nak paste? ok, pergi ke page elements > add a Gadget > HTML/Javascript dan letakkan code dibawah dan Tukarkan perkataan "LETAK CODE WIDGET FIBOX ANDA DISINI" dengan CODE WIDGET FIBOX ANDA. Anda boleh register free Fibox chat kat sini --> klik sini. Sebarang pertanyaan boleh komen kat bawah nun.. okay ;-)
Kemudian daftar free user online kat SINI, abaikan color fontnya, kemudian buang perkataan lain tinggalkan nombor sahaja, dan copy skrip seperti ni saja -> <script type="text/javascript" src="http://st2.freeonlineusers.com/on1.php?id=1153991"> </script>, kemudian search "LETAK SCRIPT FREE USER ONLINE DI SINI" dan gantikan perkataan tersebut dengan script freeuseronline anda.
Dah siap semua klik 'save'. Sekian.

Latest Updated :
- hover mode
- auto height dan width sesuai untuk kecilkan dan besarkan window
- valid CSS


Share:

BTemplates.com

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

About Us

About Us
Keep reminding, because reminding benefits the believers

Friend's Blogs

Top Commentators

SPM 2024: Peperiksaan Bermula dengan 402,956 Calon di Seluruh Negara

  Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 telah bermula pada 2 Januari 2025, melibatkan seramai 402,956 calon di seluruh negara.  Pe...

Contact Form

Name

Email *

Message *