Trend Minggu ini: Kangkung

Manfaat kangkung kepada Manusia

Ipomoea spp atau Kangkong atau lebih dikenali sebagai Kangkung adalah sejenis sayuran yang banyak terdapat di kawasan yang basah dan lembab. Kangkung juga merupakan makanan yang sangat penting bagi rakyat Malaysia pada hari ini kerana Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan bahawa harga kangkung telah diturunkan supaya rakyat memuji kerajaan.

Kangkung juga diturunkan berikutan harga petrol dan segala barang keperluan di negara ini semakin meningkat seterusnya menyebabkan kemarahan rakyat. Menteri-menteri UMNO kebanyakannya menganggap rakyat tidak marah dan tidak ada yang komplen kerana tidak ada yang melaporkan kepada jabatan kementerian.

Dato' Seri Najib Tun Razak merupakan Perdana Menteri Malaysia yang ke-6. Sepatutnya sebagai seorang yang berpengaruh besar dan bapa negara, seharusnya tidak mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa. Kata-kata beliau hanyalah membakar lagi api kemarahan rakyat marhaen yang semakin hari semakin tersiksa dengan kos sara hidup di negara ini. Kata Dato' Seri Najib dalam ucapan beliau ""kangkung naik, ada masa dia naik, ada masa dia turun. hari ini dalam surat khabar saya baca, ada yang dah turun. kangkung dulu naik, sekaang ini dah turun. bila turun apasal tak puji keraajan?". Kata-kata beliau itu sungguh menyayat hati bagi rakyat yang miskin serta terasa seperti kangkung dicincang.

Banyak media-media internet mengambil peluang untuk menjadikan bahan jenaka berkenaan ucapan beliau itu. Sehinggakan saya yang sedang menulis ini pun terasa seperti hendak tergelak. Baiklah jangan gelak OK. Trend "kangkung" terus hangat di media-media sosial dan juga blog-blog. Kepada blogger-blogger yang inginkan trafik yang beriban-riban, dipersilakan menulis entri tentang kangkung.

Please leave your ideas here

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post