Informasi Terkini & Menarik

Kenapa orang tak solat Jumaat pun nak keluar awal

JUMAAT 12.15 PM, Bengang tu tak dak la bengang sangat tapi orang - orang Shah Alam ni macam bangang je. Orang - orang bukan beragama Islam dan wanita - wanita Islam kat Shah Alam ni macam tak tau pulak hari ni hari apa. Tengok orang keluar awal nak pergi masjid, diorang pun gatal nak keluar awal juga, nak pergi mana entahlah. Sehingga menyebabkan jalan raya dalam bandar JEM. Adakah ini perkara biasa bagi korang? Janganlah biasa sangat. Kerana terlalu biasa, lama - lama jadi macam kera pula malah lebih teruk daripada kera.Kera tak pe, tak der otak.Korang yang ade otak tu fikir - fikirlah sikit.

Nak keluar dari Gelnmarie pun dah start JEM dah, tengoklah.. Perempuan yang ramai keluar awal daripada lelaki.
Ni pula dekat Subang Jaya. Kereta berpusu - pusu macam orang gila tak tahu kemana mereka mahu pergi. Orang nak ke masjid, Diorang pun sibuk nak bagi jalan JEM.

Jadi korang fikir - fikirlah tengok di manakah silapnya kita dan perlukah kita mengambil berat atau membiarkan saja manusia - manusia bebas macam kera nak pergi mana pun ikut suka hati saja.

Share:

Air kencing Saiful Apek, 3 rakan positif kanabis

PETALING JAYA – Mahkamah Majistret di sini diberitahu air kencing pelakon komedi popular Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff atau lebih dikenali sebagai Saiful Apek, dan tiga rakannya, disahkan positif kanabis.

Juruteknologi makmal perubatan, Israfel Ismon berkata, beliau memperoleh keputusan itu selepas melakukan ujian pengesanan dadah terhadap air kencing Saiful Apek, 42, serta Shah Zainatull Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 28; Shaiful Baharom, 24; dan Noremy Mohamad, 28.

Beliau berkata demikian ketika disoal oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Ishrakh Saad pada perbicaraan kes keempat-empat tertuduh yang didakwa memasukkan dadah jenis kanabis ke dalam badan mereka.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, di IPD Subang Jaya, Jalan LP 2A/1, Taman Putra Permai, Seri Kembangan di sini pada 11 malam, 12 Jun 2010.

Israfel, 54, yang bertugas di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, turut memaklumkan bahawa proses ujian itu mengambil masa tiga hari. – BERNAMA

Share:

Neelofa artis baru yang cun

Neelofa Binti Mohd Noor seorang artis Melayu yang baru naik selepas menceburi bidang lakonan dalam beberapa drama dan filem. Wajahnya yang anggun dan ayu membuatkan ramai yang meminatinya. Wataknya juga comel lemah lembut dan keanak - anakan. Itulah membuatkan ramai yang tertarik dengan artis baru ini. Apapun saya lebih suka penampilannya dengan bertudung. Nampak lebih ayu, comel dan sopan.


Beberapa gambar Neelofa bertudung yang sangat ayu dan anggun










Sekian. Terima Kasih atas lawatan anda.

Share:

BTemplates.com

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

About Us

About Us
Keep reminding, because reminding benefits the believers

Friend's Blogs

Top Commentators

SPM 2024: Peperiksaan Bermula dengan 402,956 Calon di Seluruh Negara

  Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 telah bermula pada 2 Januari 2025, melibatkan seramai 402,956 calon di seluruh negara.  Pe...

Contact Form

Name

Email *

Message *